Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday 26 December 2011

abang aqil sudah botak....

Ehem..pengumumman. Sekarang ni Abang Aqil hendak di botak kan dalam beberapa minit lagi akan dibotak kan kepala Abang Aqil. Sekarang ni sudah pukul 5:08 sekejap lagi pukul 5:30 akan botakkan kepala Abang Aqil. Itu sahaja pengumumman Hasya. Sekian,                                                                                                                  
                                                                Assalamualaikum....                                                       
                

Tuesday 20 December 2011

Zoo...

Huaggghhh.... Penatnya  bila pergi menapak kat Zoo. Hasya rasa dah rasa terlebih penat. Sebab, dah lenguh kaki. Bagaikan berlari tanpa henti. Nampaknya cuma Adik Husna dan ibu sahaja yang segar matanya. Hasya lihat kuyu mata Abang Afiq. Abang Aqil pula macam orang nak pensan. Hasya berasa sungguh penat. Hasya rasa lebih bagus kalau depan mata Hasya ada bantal dan tilam. Huuyoo...nanti Hasya akan terus tidur. Ngantuk rasanya. Baik lah sampai sini sahaja cerita Hasya.
                                                                                    
                                                                                   Assalamualaikum....

Berlakon nangis...

Hari ini Hasya lihat Adik Husna asyik berlakon nangis je. Hasya rasa macam Adik Husna itu boleh menjadi pelakon nangis(watak nagis). Hasya rasa Hasya nak kata manja tak juga. Hasya nak kata di manja kan tak juga. Hasya nak kata mengada-ngada ye juga. Hasya rasa Adik Husna tu boleh jadi macam Nora Danish tu. Nora Danish yang berlakon dekat Tentang Dhia tu.                                       
                          Bersambung...

Monday 19 December 2011

Siapa dapat beg baru?

Hari ini Adik saya yang bernama Nur Husna telah mendapat beg baru. Ibu Hasya yang belikan. Hasya punya beg ibu tak belikan. Sebab, Hasya punya beg masih elok lagi tak rosak masih boleh diguna kan lagi. Hasya lihat Adik Husna selalu nak beg barbie. Selalu nak beg berwarna pink. Beg Adik Husna tu ibu belikan dekat Giant. Hasya tengok harganya. Peh, mahalnya! Harganya ialah dalam RM 30 lebih lah. Tapi, Hasya lihat Hasya punya lagi lah mahal. Baik lah, itu sahaja Hasya nak cerita kan. Sebab, sekarang ni pun dah pukul 3:12 pagi. Hasya nak pergi tidur ngantuk.

                                      SELAMAT MALAM SEMUA....                                                          
                                                                                                                                 

   
                                                                                                                                    

Sunday 18 December 2011

Polis..

Hahaha... Ada nampak macam polis tak. Handsome kan bila ayah Hasya pakai baju polis. Nampak macam garang lah pula bila ayah Hasya pakai baju polis, hehehe. Rasa macam mengkagumkan. Sebernanya, baju ni bukan ayah saya punya tapi ibu saya punya baju. Hehehe... Hasya lihat macam betul-betul polis la pula. Hasya rasa lagi bagus kalau ayah Hasya pakai baju polis ni waktu, shopping ke, jalan - jalan ke, sebab nanti orang ingat kan polis, rupa-rupa nya bukan polis. 

                                               Bersambung....          
                                                                                                                                      
                                                                                                                                        

Sunday 11 December 2011

Pemandangan...

Hai, cantik nya pemandangan kan, kan, kan. Hasya lihat ada feri dekat laut. Hasya rasa macam teringin  je nak naik feri. Tapi, tak boleh. Cuma sekali sahaja dapat naik feri. Hurmm...(-_-)... Tapi, tak pe lah janji dapat naik feri. Baiklah, setakat ini sahaja Hasya nak cerita kan.


                                                                                                                                     Daripada :
                                                                                                                                    Nur Hasya.
                                                                                                                                     

Friday 9 December 2011

Dialog Aqil mengaji.

Mula-mula, ibu menyuruh Abang Aqil mengaji selepas solat zohor. Selepas itu, nenek menyuruh Abang Aqil tanya dengan Kak Sakinah, suruh Ajar Abang Aqil mengaji. Abang Aqil tak nak tanya. Di sini lah dialaog Abang Aqil bermula.                                     

Nenek : Eh, pergi tanya dengan Kak Sakinah cepat!
Aqil     : A, malu.
Nenek : Ah, tak de malunya cepat pergi tanya!
Aqil     : mmm...malu.
Nenek : Cepat!
Aqil     : Adoi...
Nenek : Tak de Adoi, Adoi nya. Cepat!
Aqil     : Okey, lah.

Di sini lah bermulanya Abang Aqil bertanya kepada Kak Sakina. Tapi, Hasya tak tau lah pula Abang Aqil tanya apa dengan Kak Sakinah. Tiba-tiba Kak Sakina pun datang kat rumah nenek.

Kak Sakinah: Nenek, pukul 5:00 nanti ye baru ajar kan Abang Aqil mengaji.
Nenek          : Nanti penat kang.
Kak Sakinah : Tak penat pun.
Nenek           : Suka hati lah.

 Pada pukul 5:00 petang...
Kak Sakinah pun mengajar Abang Aqil mengaji.

Abang Aqil : "Bismillahhirrohmanirrohim".

                                       BAIKLAH, ITU SAHAJA DIALOG HASYA.
                                                                                                                                 

Thursday 8 December 2011

Soalan....Wah, cantik nya!!!

Wah, cantik nya baju yang baba buat!!! Cantik kan baju yang baba buat. Semua orang cuba teka, baju ni baba buat untuk siapa? Kalau kamu semua nak tau jawapannya, korang "FIKIR LAH SENDIRI".....                               


Daripada:
Nur Hasya...

                                          

Wednesday 7 December 2011

Balik kampung....


Hari ini saya sungguh gembira kerana saya dapat pergi kampung. Kampung Hasya di Kluang, Sri Lalang. Hasya lihat Abang Aqil macam takut sahaja hendak balik kampung. Tapi, Hasya tahu sebab kenapa Abang Aqil takut nak balik kampung sebab, nanti Abang Aqil kena letak lintah. Itu lah sebab nya. Hasya lihat Abang Aqil tu resdungnya semakin teruk. Sebab itu lah Abang Aqil kena letak lintah. Hasya lihat Abang Afiq  ada resdung tapi, sekarang resdung Abang Afiq sudah tiada. Hasya lihat Abang Aqil itu sudah dua kali kena letak lintah. Sekarang ni pulak, kena letak tiga pula lintah. Abang Afiq pula cuma kena letak lintah dua kali sahaja. Okey, itu sahaja saya nak tulis.                                   
                                    
                                                             Tamat....

Tuesday 6 December 2011

Kesyukuran Hasya.....


Kesyukuran Hasya di dunia ini ialah :     
                                                        
1. Hasya bersyukur kerana ada ibu tiri yang sanggub menjaga Hasya dan adik beradik Hasya.
2. Hasya bersyukur kerana Hasya dapat sekolah walaupun masa sekolah tadika Hasya tak habis sekolah.       
3. Hasya bersyukur kerana mempunyai ibu tiri yang pandai mendidik anak orang.                 
4. Hasya bersyukur kerana barang sekolah Hasya semuanya lengkap.
5.Hasya bersyukur kerana dapat membeli baju sekolah baru.                                                                        
6. Hasya bersyukur kerana dapat pergi Genting Highlands dan Cameron Highlands.
7. Hasya bersyukur kerana mempunyai kawan yang baik hati dan pandai.                            
8. Hasya bersyukur kerana dapat menggunakan komputer.                                                 
9. Hasya bersyukur kerana Hasya telah menjadi orang yang berguna dan menjadi orang yang pandai.            
10. Hasya bersyukur kerana Hasya ialah manusia.           
11. Hasya bersyukur kerana masih ada Ibu dan Baba.                                                        
12. Hasya bersyukur kerana tidak menjadi oku.
13. Hasya bersyukur kerana peperiksaan Hasya bagus.                                                       
14. Hasya bersyukur kerana masih ada nenek dan atuk.                                                     
15. Hasya bersyukur kerana menjadi orang islam.                                                             
16. Hasya bersyukur kerana Hasya dapat  makan dan minum.                                               
17. Hasya bersyukur kerana di negara Hasya tidak ada gunung berapi.
18. Hasya bersyukur kerana semua nikmat Allah beri kepada Hasya sudah mencukupi.            
19. Hasya bersyukur kerana Hasya tidak menjadi anak yatim.
20. Hasya bersyukur kerana ibu membuat kan blog dan facebook untuk Hasya.
21. Hasya bersyukur kerana Hasya tidak ada penyakit.
22. Hasya bersyukur kerana Hasya mempunyai seorang abang yang rajin membuat kerja rumah iaitu Abang Afiq.
23. Hasya bersyukur kerana Hasya dapat masuk kelas yang paling pandai.
24. Hasya bersyukur kerana Hasya mempunyai keluarga.
25. Hasya bersyukur kerana Hasya tidak nakal.
26. Hasya bersyukur kerana Hasya tidak mendapat penyakit seperti Abang Aqil dan Abang Afiq
27.Hasya bersyukur kerana masih mempunyai seorang adik. Kalau tak ada adik sunyi lah Hasya.
28. Hasya bersyukur kerana ada ibu yang sanggup keluar kan duit untuk membeli baju sekolah Hasya.
29. Hasya bersyukur sangat-sangat kepada Allah kerana telah bagi macam-macam yang Hasya perlu.
30. Hasya bersyukur kerana dapat ibu yang pandai rotan anak, pandai cubit anak dan pandai cili mulut anak.
31. Hasya bersyukur kerana tak dapat ibu atau pun ayah yang gila.                 
32. Hasya bersyukur kerana dapat menggunakan komputer untuk menulis blog.
33. Hasya bersyukur kerana dapat ibu yang baik kalau dapat ibu yang jahat mati Hasya.
34. Hasya bersyukur kerana tak dapat ayah yang berlagak, main judi, perasan handsome dan penipu macam Abang Bo (Abang Botak).
35. Hasya bersyukur kerana Hasya tidak pekak dan bisu.
36. Hasya bersyukur kerana Hasya tidak menjadi budak anak yatim piatu.

                                          Baiklah, itu sahaja kesyukuran Hasya.                                                                    
                                      

Monday 5 December 2011

Di Cameron Highlands...

Yeah!!! Best gila di "Cameron  Highlands"!!! Hasya rasa macam nak pergi lagi je. Sebab kat sana "very cold"." Huuhuuhuu sejuknya". Tapi, Hasya kat Genting Highlands dan Cameron Highlands, Hasya tak pakai jaket pun. Hasya pakai cuma, skirt, baju lengan pendek dan tudung. Tapi, Hasya tak selalu pergi kat sana, sebab dah la Cameron Highlands dan Genting Highlands jauh, kat Pahang tu. Tapi, Hasya bersyukur sebab dapat pergi dekat Cameron Highlands dan Genting Highlands. Hasya lihat ada dikalangan orang yang tak dapat pergi kat sana. Walaupun kaya, kerana ibubapanya sibuk, dan tak dapat nak meluahkan perasaan bersama-sama. Kadang-kadang ada yang ibubapanya yang balik waktu malam. Jadi, mereka tak boleh meluahkan perasaan bersama-sama. Okey, itu sahaja saya nak ceritakan.....                                                                                      
                                                                                                              



                                       BERSAMBUNG.....

Rindu nya pada cikgu-cikgu dan kawan-kawan......

Hasya rasa rindu kat kawan-kawan dan guru-guru. Hasya rasa macam malam ni juga hasya nak pergi ke sekolah. Hasya berharap supaya cuti ini akan  cepat sahaja akan habis. Hasya rasa,Hasya tak mampu nak melupakan guru-guru dan kawan-kawan.....                                                                                                                                                                                                                                                                                                  
                                                                        BYE......

Siapa ada blog?

Hari ini ibu saya buat kan blog untuk Adik Husna. Hasya lihat Adik Husna punya blog lebih cantik daripada Hasya.Tapi, Hasya lihat Adik Husna itu susah nak diajar "cara hendak membuat cerita". Hasya rasa Adik Husna tu macam perasan je, sebab Adik Husna tulis kat blognya ialah "Nama blog saya Husna Cute Blog sebab saya cute.....hehehe betul tak? Kalau tak percaya cuba tengok gambar-gambar saya ni" kata Adik Husna. Ok itu sahaja  saya nak tulis...                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               BERSAMBUNG...... (._.)                                                              

happy birthday!!!


 Hasya rasa  sangat seronok sebab dapat menyambut "birthday". Hasya rasa macam nak sambut "happy birthday" hari-hari. Hasya rasa tak berapa seronak kalau tak sambut happy birthday.  Lupa pula, kawan-kawan nak lihat tak gambar yang cake tu meletup? kalau kawan-kawan nak tengok boleh, tekan sahaja gambat tu dan lihat cake tu meletup.  Soalan : Siapakah disebalik topeng itu? Siapa nak jawab cuma comment.  Siapa betul, Hasya akan bagi....adalah....nak tau tak jawapannya apa ?... Lu fikirlah sendiri !!!...hahahaha....

bermaaf-maafan

Hari ini Baba suruh Abang Aqil minta maaf pada Adik Husna,Abang Afiq, Hasya dan ibu. Tapi, Abang Aqil nak minta maaf pada ibu, tapi ibu macam tak nak maaf kan Abang Aqil. Sebab Aqil nak minta maaf bukannya muka orang bersalah, lagi macam muka orang selamba tak de buat salah. Sebab itu lah ibu tak nak maafkan Abang Aqil.Tapi, Hasya rasa Hasya akan berdoa kepada tuhan supaya bukakan lah hati Abang Aqil, dan akan berminta maaf pada ibu...                                                                                                                                                                                                                                 BERSAMBUNG....                                                                                                                                                                                                                                       
                                                                  BYE....

sekeluarga...


Ini lah gambar Hasya dan keluarga Hasya. Saya sayang akan keluarga Hasya, Hasya cinta akan keluarga Hasya, Hasya akan mengambil berat tentang keluarga Hasya. Okey, itu sahaja yang saya nak tulis...                                                                                                                                                                                                                                                                              ASSALAMUALAIKUM.....

Saturday 3 December 2011

Drama Sedih


KASIHAN ABANG AQIL.......   

Hasya kesian tengok  Abang Aqil, sebab hari ini Abang Aqil kena denda sebab sepahkan plastik sampah lepas tu Abang Aqiltak letak balik ke tempat nya. Hasya rasa pelik lah, kenapa makin lama Abang Aqil tu, makin degil... kurang ajar depan ibu bapa, menipu, macam-macam yang Abang Aqil buat pelik sangat lah. Hasya berasa sangat heran, sebab mula-mula Abang Afiq yang menipu dan nakal, sekarang ni pulak, Abang Aqil. Sekarang ni Abang Afiq dah elok dah perangai nya cuma sekarang ni pulak Abang Aqil. Pelik betullah..!!
HURMM.....


   

Thursday 1 December 2011

Takutnya....


TAKUTNYA AKAN ROTAN.........
  
Semalam, baba jumpa rotan yang sangat halus di kedai dua ringgit. Baba pun tunjuk dekat ibu. Baba pun berkata kepada ibu, " Yang... nak beli ke rotan ni? kalau kena mesti sedap", kata Baba. Ibu pun menjawab  "Hee, sedap ni kalau kena," kata ibu. Selepas itu, ibu pun bersetuju untuk membeli rotan itu. Yang mula-mula dapat kena rotan itu ialah Abang Aqil, sebab Abang Aqil sekarang ni seorang budak yang sangat nakal. Dulu Abang Afiq, yang buat nakal, sekarang ni, Abang Aqil pulak. Hasya pun rasa pelik lah, kenapa lah sekejap Abang Afiq sekarang ni pulak Abang Aqil. "Adoi, pening lah kepala Hasya kalau macam ni. Hasya harap janganlah pula perangai macam tu berjangkit dekat Hasya, takut Hasya....
                                                               
DAH LA TU... SEKARANG NI PUN  SUDAH LEWAT MALAM HASYA RASA HASYA NAK PERGI TIDUR.....
                          





Sunday 20 November 2011

comel nye !!!



Comel nye, semasa adik Husna memakai baju Sekolah Tadika. Bergaya kan? Rasa nya lebih comel kalau adik Husna tak pakai tudung. Tapi lebih baik kalau adik Husna pakai tudung "sebab" nanti kan dapat pahala sebab adik Husna kecil-kecil sudah pakai tudung. Lepas tu cuba tengok gambar yang satu lagi tu... macam orang nak berlawan pun ada.....                                                                                                                             TAMAT......                                                                                                                               

Saturday 19 November 2011

belajar......

Hari ini Hasya belajar Bahasa Inggeris dan Matematik. Hasya belajar grammar tahun (4) punya, matematik pun tahun (4) punya. Hasya rasa  punyalah susah Bahasa Inggeris dan semua subjek tahun 4.                                                                                                                                                                                           HABIS.......

sian nye adik Husna menangis........

Hari ini Hasya tengok adik Husna menangis sebab tak dapat main game dan tak dapat buka facebook. Ehmm,Hasya tengok kesian Husna tu menangis tapi Hasya tengok bila ibu suruh Husna buat kerja rumah ke suruh buka buku ke, mesti Husna nak sesuatu "contoh" nye macam ibu suruh kemas bilik ke, kemas rumah ke, mesti Husna nak upah seperti duit ke, bagi buka facebook atau bagi main game.Alahai kesian nye adik Husna tu.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           KESIAN........
                                     

Friday 18 November 2011

Bestnya main.....

Hasya rasa best kerana Hasya dapat main. Hasya main cuma permainan yang biasa-biasa je. Hasya main cuma tu jelah yang ade kat gambar tu dengan adik Husna, abang Afiq dan abang Aqil.

Hasya sudah habis baca buku "Aku kah cinderella itu?

Hari ini Hasya sudah habis baca buku yang bertajuk : "Aku kah Cinderella itu?". Hasya baca buku 'Aku kah Cinderella' itu kan, kesudahan ceritanya best.  Hasya rasa nanti Hasya nak beli buku "penyiasat masjid". Buku penyiasat masjid tu buku yang tebal tapi bukannya tebal macam "kamus" tu cuma tebal sikit je lah...jangan lah salah sangka pulak.......                                                                                                                                                                                                          

Bestnya.....berenang kat kolam........



Bestnye berenang kat kolam. Tapi rasanya lepas habis berenang rasa macam nak pergi lagi je. Tapi Hasya tak boleh pergi sebulan sekali. Hasya rasa dalam setahun sekali baru boleh pergi berenang tu pun kalau dapat pergi.                                                                                                                                                                                                               BYE..........

Alahai comel nye....

Comelnye budak yang bernama Nur Husna tu bila dia senyum dan gembira. "Tapi semua orang tau tak di manakah Husna sedang berada sekarang ni ?" Cuba teka...            

                                   

kemas bilik..........

Hari ini Afiq, Hasya dan Aqil kena kemas bilik Aqil dan Afiq kerana bilik Afiq dan Aqil tu bersepah dan berbau busuk. Hasya cakap dalam hati, ''benda apelah yang berbau busuk kat bilik ni?'' Lepas kemas je bilik tu baru Hasya tau benda yang berbau  busuk kat bilik Afiq dan Aqil ialah bantal dan tilam. Hasya tengok bila sudah keluarkan bantal dan tilam Afiq dan Aqil kat luar bilik, tak de pun berbau busuk. Hari ini ibu suruh Afiq dan Aqil tidur kat ruang tamu dan salin baju pun kat ruang tamu. Hasya kesianlah tengok  kat Afiq dan Aqil tu. Tu la sebab tak tau nak jaga bilik, tak tau jaga kebersihan... ''hurmm'' ape nak jadi pun tak tau lah.......                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    TAMAT.......

Sunday 30 October 2011

Sedapnya .......Tutti Frutti......

Hari ini best makan Tutti Frutti sambil menjilat sudu. Hasya makan Tutti Frutti dengan baba, ibu, Aqil, Husna dan Afiq. Hasya makan ice-cream yougurt lemon, Aqil makan ice-cream yougurt choclat bercampur lemon, Husna  makan ice-cream yougurt Tutti Frutti original, Afiq pula makan ice-cream yougurt vanila dan lemon. Hasya makan ice-cream yougurt kat Tutti Frutti sedap, Hasya rasa ini lah ''first-time'' Hasya makan ice-cream yang sedap sangat. Hasya rasa macam nak makan lagi je, terlebih sedap sangat rasa macam nak makan hari-hari.



                                   SEKIAN TERIMA KASIH......

Saturday 8 October 2011

ibu sudah balik.......

Hari ini ibu sudah balik,best...Sekarang ibu sudah baik rumah tak lah rumah sunyi.Kalau ibu tak de,Hasya rasa macam sunyi je rumah.Sekarang bila ibu sudah balik tak lah bising,Hasya rasa bila ibu tak de,rasa macam langsung tiada siapa yang buka buku,Hasya tak buka buku,Afiq tak buka buku,Aqil tak buka buku,Husna tak buka buku,langsung takde siapa yang buka buku,Hasya masa buka buku,cuma masa buat kerja sekolah je,okey itu sahaja yang saya nak cerita kan,

                                                             TERIMA KASIH.......

Riuh Rendah...

Hasya rasa bila ibu sudah balik,macam rumah riuh-rendah,sebab ibu balik je rumah,peh ramai sangat yang orang mengadu pasal ada orang yang membuat kesalahan bila ibu tak de.Mula-mula yang mula mengadu Hasya,lepas Hasya Aqil,lepas Aqil Afiq.Tapi yang paling banyak mengadu ialah Hasya.

                                         ASSALAMUALAIKUM.......
                         

bila ibu balik?

Bila ye ibu nak balik?Ibu tak bagi tau pun bila ibu hendak balik.Hasya rasa macam takut lah sebab kalau ibu balik nanti,mesti kalau ibu tengok Hasya punya bilik ke,bersepah,rumah bersepah,mesti ibu akan marah.

                                                         TAKUTNYA......

Friday 7 October 2011

Bestnya di LRT......

Bestnya di LRT sampai dah terlalu penat dah.Muka pun tengok dah penat dah.Tengok lah muka Aqil dah macam terlalu penat dah.Sampai sandar belakang sangat dah.


                                                 OKEY SAMPAI NI SAJA SAYA TULIS....     

Friday 30 September 2011

bila ibu sudah tiada.....

Hari ini ibu tak de sebab ibu balik kluang.Bila ibu balik kluang Hasya rasa macam sunyi je rumah,macam sunyi sangat lah.Hasya rasa macam tak berapa best lah,kan lebih bagus kalau ibu ada dekat dalam rumah ni.Lebih baik.

                                                            Tamat......

Bestnya.......


Hari ini saya rasa sungguh seronok sebab ibu sudah balik dari kluang.tak lah sunyi.Kalau ibu tak de sunyi je rumah.Sekarang ibu sudah balik rumah, terus tak sunyi.Ibu selalunya masa makan ibu selalu berbual-bual tentang cerita apa-apa lah.

                                                            Tamat......
 

My Music

 

Designed By Blogs Gone Wild!