Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday 31 October 2016

Dreams Come True?

   Rindunya!! Ape khabar? Dah lama tak share story dengan blog. Mesti blog rindu saya, kan? Mesti ramai orang akan fikir yang saya ni mental. hahah.. Kalau mental dengan blog kesayangan sendiri pon, ape salahnye, kan? By the way, hurm.. ape story yang saya nak share eh hari ni.. Banyak sangatlah story yang nak share sebab dah lama sangat tak tulis. Maklumlah, asyik busy je. Every day asyik study je. Lega final exam dah habis. And now, there's nothing that I've to worry for. But, next year is the most important that I ever worried in my life. Guess what? It is PT3!! Oh My God. Help me! I'm gonna die! Humph.. too much drama.. Hahah.. Broken English. But, at least I tried. 
  
   Apelah yang saya merepek ni. Dalam hati nak taip yang lain tapi benda lain yang saya taip. Okey lah, kita balik ke pangkal cerita. Sebenarnye kan, saya pon tak taulah nak taip ape, tu yang asyik merepek je. Masa cuti 5 hari ni kan, Ibu saya asyik membebel je. Tak taulah kenape, bila cuti je mesti bebel. Mungkin memang hobby dia kot masa cuti or dia dah set dalam mind dia. hahah.. Jahatnye. Suka hati je ngumpat dalam blog ni. Tapi normal lah tu, setiap ibu mestilah akan membebel. Tapi saya tau, dia bebel pon demi kebaikan saya jugak. Kalau tak, mesti dah berlemak. Takpelah, tadah telinga jelah.. Tapi kan, saya tak kesah sebab memang tu hobby ibu saya.
   
    Bercerita pasal hobby kan, ape hobby korang? Saya? Jangan tanye lah, of course lah berangan! Haha.. Ramai jugak yang kata, kalau berangan tu kan, mana lah tau boleh jadi kenyataan. Berangan bukannya dosa pun. Saya taklah berangan sepanjang masa. Ada masa, saya berangan lah. Saya tak nak lah jadi macam Mat Jenin tu yang selalu sangat berangan benda yang tak akan dapat dicapai. Tapi kan, berangan tu lah yang best sebab kita dapat bayangkan perkara yang kita ingin kan walaupun benda tu kita memang tak boleh capai. huhu..
  
    Sekiranya saya ni Cinderella, tentu saya sudah tempah tiket penerbangan first class supaya dapat terbang ke London. Lepastu, saya akan makan tengah hari di bawah Eiffel Tower Paris, lepastu saya akan terbang ke Itali untuk makan ais krim paling sedap di dunia sebelum masuk tidur. Before that, saya akan tempah hotel yang palig termahal di dunia iaitu di New York yang berharga US$100,000. Itu namanya percutian menternak lemak di badan. Apa salahnya? Sudah nama pon Cinderella. Suka hati sayalah! Masalahnya... saya bukannya Cinderella. Tapi tak salahkan kalau nak berangan-angan. Manalah tahu kalau angan-angan saya menjadi kenyataan! >_< 
     
    Baiklah.. Saya mahu berhenti menaip. Sampai sini sahajalah kisah merapu saya. Harap tak ada sesiapa yang terasa. Assalamualaikum.. :)

 

My Music

 

Designed By Blogs Gone Wild!