Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday 10 November 2016

Ballerina?

 

    Hai, hai, Guys! Ape yang saya nak share eh hari ni? hmm.. Yes! Ballet! Mungkin ramai yang tak tahu ape tu ballerina.. Ballet tu adalah.. Jeng! Jeng! Jeng! Ceh wah, macam DJ Radio pulak. Ballet tu adalah satu tarian yang popular yang berasal dari French. Princess kan suka menari ballet, jadi.. saya pun suka jugak! Hehehe.. tapi kan, walaupun saya tak tau sangat nak menari ballet, tapi saya nak jugak ballet.. huhuhu.. Sebab ape tau, bila saya menari ballet, mesti semua stress saya hilang. Cuba korang try, manalah tau kalau tu pengubat stress korang.. hihi
    Ramai yang kata, 'apelah suka ballet, kan ada banyak lagi tarian lain'.. Tapi saya tak kisah orang nak kata apa.. Yang minat ballet tu saya, bukannya diaorang.. Suka hati sayalah. Asalkan saya bahagia. Tau tak, kalau kita minat balletkan, otak kita mesti akan jadi lebih ligat. Disebabkan kita memang minat sangat ngan ballet, mesti kita nak nak tau step-step ballet tu kan? So, mesti kita akan berlatih and banyakkan menghafal, kan? Betulkan? ;D Kalau sekali tengok ballet kan, mesti kita akn rasa yang ballet tu macam senang. Tapi, kalau kita betul-betul lihat dengan teliti, mesti kita akan rasa yang ballet tu cuma orang yang tertentu je boleh buat. 
    Cuba korang tengok pergerakan kaki ballerina tu. Kebanyakannya gunakan hujung jari kaki untuk berpusing dan bergerak. Susah kan? Masa saya first time tengok video ballet tu pun macam senang je, tapi bila try buat... Memang asyik jatuh je.. huhu Kalau nak dapat kan en point to mesti susah. Tapi saya tetap cuba walaupun susah dan sakit. I'll do it if I love it! 

Image result for ballet dancer black and white



I hurt because I dance, 
Othertime, I dance because I'm hurt..



Monday 31 October 2016

Dreams Come True?

   Rindunya!! Ape khabar? Dah lama tak share story dengan blog. Mesti blog rindu saya, kan? Mesti ramai orang akan fikir yang saya ni mental. hahah.. Kalau mental dengan blog kesayangan sendiri pon, ape salahnye, kan? By the way, hurm.. ape story yang saya nak share eh hari ni.. Banyak sangatlah story yang nak share sebab dah lama sangat tak tulis. Maklumlah, asyik busy je. Every day asyik study je. Lega final exam dah habis. And now, there's nothing that I've to worry for. But, next year is the most important that I ever worried in my life. Guess what? It is PT3!! Oh My God. Help me! I'm gonna die! Humph.. too much drama.. Hahah.. Broken English. But, at least I tried. 
  
   Apelah yang saya merepek ni. Dalam hati nak taip yang lain tapi benda lain yang saya taip. Okey lah, kita balik ke pangkal cerita. Sebenarnye kan, saya pon tak taulah nak taip ape, tu yang asyik merepek je. Masa cuti 5 hari ni kan, Ibu saya asyik membebel je. Tak taulah kenape, bila cuti je mesti bebel. Mungkin memang hobby dia kot masa cuti or dia dah set dalam mind dia. hahah.. Jahatnye. Suka hati je ngumpat dalam blog ni. Tapi normal lah tu, setiap ibu mestilah akan membebel. Tapi saya tau, dia bebel pon demi kebaikan saya jugak. Kalau tak, mesti dah berlemak. Takpelah, tadah telinga jelah.. Tapi kan, saya tak kesah sebab memang tu hobby ibu saya.
   
    Bercerita pasal hobby kan, ape hobby korang? Saya? Jangan tanye lah, of course lah berangan! Haha.. Ramai jugak yang kata, kalau berangan tu kan, mana lah tau boleh jadi kenyataan. Berangan bukannya dosa pun. Saya taklah berangan sepanjang masa. Ada masa, saya berangan lah. Saya tak nak lah jadi macam Mat Jenin tu yang selalu sangat berangan benda yang tak akan dapat dicapai. Tapi kan, berangan tu lah yang best sebab kita dapat bayangkan perkara yang kita ingin kan walaupun benda tu kita memang tak boleh capai. huhu..
  
    Sekiranya saya ni Cinderella, tentu saya sudah tempah tiket penerbangan first class supaya dapat terbang ke London. Lepastu, saya akan makan tengah hari di bawah Eiffel Tower Paris, lepastu saya akan terbang ke Itali untuk makan ais krim paling sedap di dunia sebelum masuk tidur. Before that, saya akan tempah hotel yang palig termahal di dunia iaitu di New York yang berharga US$100,000. Itu namanya percutian menternak lemak di badan. Apa salahnya? Sudah nama pon Cinderella. Suka hati sayalah! Masalahnya... saya bukannya Cinderella. Tapi tak salahkan kalau nak berangan-angan. Manalah tahu kalau angan-angan saya menjadi kenyataan! >_< 
     
    Baiklah.. Saya mahu berhenti menaip. Sampai sini sahajalah kisah merapu saya. Harap tak ada sesiapa yang terasa. Assalamualaikum.. :)

 

My Music

 

Designed By Blogs Gone Wild!