Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday 27 May 2012

Fasal Camping....Takut....

Hari ini Aqil kata tak nak pergi Camping sebab takut nanti ada hantu lah, pacat lah, lintah lah, macam-macam lagilah. Mula-mula, ibu tunjukkan lah video budak tahun enam pergi Camping dekat hutan lah, tiba-tiba ibu tunjukkan gambar orang jalan malam-malam, tiba- tiba sahaja gelap. Tiba-tiba nampak warna merah yang semakin lama semakin dekat, tiba-tiba keluar gambar pontianak dekat tempat budak jalan malam-malam tu. Tiba-tiba Aqil tak nak pergi sebab takut ada hantu. Lepas tu, Aqil kata" Masa dekat dalam kelas tu, cikgu kata, siapa yang kurang semangat dan penakut nanti dia jadi orang kurang siuman, kata Aqil. Ibu kata, baguslah jadi orang kurang siuman sebab ni pun dah jadi macam orang kurang siuman, tersengih seorang-seorang. Hasya lihat Aqil tu pelik lah orang selalunya suka pergi Camping, tapi ni tidak tak suka pula pergi Camping. Baiklah, sampai sini sahaja...BYE...

Semua kena minta izin....

Hari ini ibu suruh Aqil, kalau nak Buat sesuatu ke, nak pinjaman barang orang ke, mesti kena minta izin. Sebab, cerita mula- mulanya Aqil pinjam pen baba tak minta izin dan Aqil ambil gunting Husna tak minta izin. Selepas ibu tahu yang Aqil ambil barang baba tak minta izin, ibu terus suruh Aqil minta izin nak buang air kecil, nak minum, nak makan, dan nak ambil barang orang. Semuanya ibu suruh Aqil minta izin. Tetapi, Hasya lihat bukannya Aqil minta izin pun, tak denya. Okey lah, sampai sini sahaja cerita Hasya. Ok, "GOOD NIGHT"...

Aqil tidur...

Hari ini Aqil tidur. Mula-mula ibu kejut tak nak bangun. Lepas tu, baba suruh Hasya ambil Serbuk Rempah Lada dan tiup dekat muka Aqil. Hasya pun buat lah, tiba-tiba Serbuk Rempah Lada tu termasuk dekat hidungnya Hasya. Lepas tu, Aqil tiba-tiba bangun dan gonyoh mata.Afiq suruh lah pergi dekat singki dan basuh muka. Tetapi, Aqil tak nak juga basuh muka. Aqil tetap gonyoh mata. Hasya lihat macam Aqil tak nak dengar cakap ibu je. Ye lah, Hasya lihat Kalau ibu suruh buat satu kerja tu mesti Aqil macam nak suruh cakap berkali-kali barulah Aqil bangun nak buat. Tapi, bila dengan baba je mesti suruh sekali dah buat kerja tu. Tapi, bila dengan ibu je, entah lah nak buat macam mana dah " TAKDIR". Baiklah, sampai sini sahaja yang Hasya nak ceritakan... "ASSALAMUALAIKUM"....

Saturday 26 May 2012

Kena rotan...

Sebelum peperiksaan, Hasya kena rotan dengan ibu Sebab Hasya Salah buat latihan Matematik. Tetapi, Hasya rasa bagus juga kalau ibu rotan Hasya Sebab,nanti Hasya akan lulus dengan cemerlang semasa dalam peperiksaan. Semasa Hasya melalui peperiksaan, Hasya berasa macam Soalan Matematik tu senang. Sebab, Hasya dah ulangkaji banyak-banyak dalam rumah. Hasya berasa berterima kasih kepada ibu. Sebab, ibu dah mengajar Hasya, mendidik Hasya. Hasya berasa sangat bersyukur walaupun Hasya mendapat ibu tiri, tetapi ibu tirinya sangat baik. Tak lah macam ibu kandung Hasya tu, tak tau nak mendidik anak-anaknya supaya menjadi anak yang berguna. Hasya tak tau macam mana Hasya nak balas jasa ibu dan baba Hasya. Hasya cuma boleh bayar dengan membanggakan ibu-bapa supaya mendapat keputusan yang lulus dan menjadi anak yang baik. Hasya berasa malu Kalau Hasya kurang ajar dengan ibu. Ye lah, dah lah ibu tiri yang jaga Hasaya dan beri Hasya makan. Hasya lihat ibu kandung Hasya tu tak pernah bagi satu sen pun dekat ibu kerana ibu telah jaga Hasya, beri Hasya makan, sanggup keluarkan duit beribu-ribu beratus-ratus untuk Hasya. Tetapi, Hasya lihat Aqil tetap mahu berkeras juga mahu berdegil juga depan ibu. Okey, sampai sini sahaja cerita yang mahu Hasya sampaikan... GOOD BYE...

Ibu SEBAT bontot Abg Aqil (26/5/12)

Hari ini Aqil kena rotan dekat bontot sebab Aqil tidur, tak solat isyak. Mula-mula ibu rotan sekali Aqil tak bangun. Lepas ibu lihat Aqil tak bangun, ibu rotan tiga kali dekat bontot kuat-kuat, baru Aqil bangun. Terkejut Hasya lihat. Ibu suruh Aqil bangun solat isyak. Aqil pun barulah pergi ambil air sembahyang untuk solat. Hasya lihat macam Aqil tak suka je solat. Sebab, Hasya lihat masa ibu suruh Aqil solat je mesti muka Aqil masam je. Kalau ibu suruh jadi imam ke, mesti muka Aqil masam je. Masa sembahyang jemaah dengan Aqil je, mesti Aqil baca surah Al-Fatihah laju je Hasya nak kejar pun susah. Kadang-kadang Aqil dah rakaat dua, Hasya baru rakaat satu. Hasya rasa macam tak berapa suka dengan perangai Aqil tu waktu sembahyang. Hasya berasa geram sangat dengan Aqil sebab Aqil buat perangai macam tu waktu nak sembahyang. Okey, sampai sini sahaja cerita yang Hasya mahu sampaikan. ASSALAMUALAIKUM...
 

My Music

 

Designed By Blogs Gone Wild!