Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday 14 December 2018

It's been a long day..😗

     Heyyoo!! Long time no see, huh? 😆 Pejam celik, Pejam celik, tengok2 dah 2 tahun dah sya tak update my life story.. Winduu la..ecehhhhhh(padahal tk rindu pun hahah😂). Waktu sya last update pun masa 2016, which is I'm 14 years old and still like a kanak2 ribena.. tak yah fikir pasal study sangat, sebab ape tau.. cause time tu kan exam pun senang lagi and the most important thing is takde exam besar2 huhu.. So yaa, time form3, I stopped for a while (1 year x bukak😭) cause ade PT3 and guess what? I got 6A's for my PT3 huhuu.. Patutnya dapat 7A's but my BM's teacher said that I hilang markah kat novel's part (10 marks hilang Tau huhu).. Part tu, Sya biasanye dapat 10marks from F1 until F3, but....  Don't know why.. time PT3 I got 0 mark for that part😢 But I know, ape yg berlaku mesti ade hikmahnya kan? I still remembered time amik result tu, I'm truly berdebar nak mati! But then, when I opened the sampul, I cried.. I can't hold my tears from falling down😢😢 I expected that I'll get 8A's or 9A's.. but syah gagal..

     Can't deny.. memang ramai yg cakap congrats kat sya, but I still can't accept yang sya dapat 6A's😢😢 Sya tak guna phone for almost 1 or 2 weeks cause syah rasa sedih sangat when tengok anak org lain ada yang dapat straight A.. but Syah dapat ape? 6A's only😢. Sya gagal buatkan ibu ngan baba happy.. HASYA GAGAL!!😭  Sya masih boleh ingat lagi muka ibu sedih when dapat tahu sya dapat result camtu.. haihh😔. (emo lak tetiba huhu) Even though dah almost 1 year benda tu berlaku, but sya still sedih when ingat balik😢 But it's okay.. I'll try my best untuk tebus balik kesilapan sya! Hasya akan banggakan ibu ngan baba for the next examination which is SPM!! No matter what happen, I'll struggle to get 9A's in my SPM! Amin.. That's the last chance to make my parents proud of me😆 PT3 yg dah lepas tu takyah fikirkan lagi.. Just think about now! Cause what? Cause PAST IS PAST, WE NEED NOW! ✨ Takde guna la  nak ingatkan balik pasal dulu.. Memang dah x boleh nak patah balik dah (how I wish I can get mesin yg boleh patah balik ke zaman yg kita nak😌)
 
      So... for my junior form3 yg baru amik result PT3 semalam tu, for those yg dapat 10A's, akak ucapakan TAHNIAH and jangan lupa diri, kay! Sebab tak semestinya Kita dapat straight A's skarang, Kita akan perform for the next exams, sebab ape tau? Cause form3 tu basic je dik, dah form4 nanti baru korang akan mengalami nightmare yg real punya.!😂 But, for those yang dapat result yg Tak memuaskan tu, Don't worry, ye dik! Teruskan beruasaha and anggaplah tu sebagai ujian hidup korang, and terus struggle for form4 and form5 nanti! But, janganla korang give up lak! Belum terlambat lagi, maybe korang rasa sedih gila skarang ( hakak pernah rase, so I know) But.. believe me, nothing is possible! Biarlah org nak kata yg skarang ni korang x pandai ke ape ke, or diaorg ngutuk korang ke, but time form4 n SPM nanti, SHOW THEM! That u're better than diaorg, okay! One more thing, Kita study ni kena ikhas tau, niat dalam hati tu pun mesti ikhlas and jangan study gila2 just nak show Kat orang yg kau boleh buat, jangan weyhhh tu riak namanya😂.. Niat dalam hati, yang korang nak banggakan parents korang and korang study mcm org gila tu, kerana Allah, kay? Barulah study tu berkat, beb! Hahahaha..😂 Actually, banyak lagi nak share, but kalau asyik blogging je, bila sya nak study an? So, Sya tutup dulu.. and tamatlah the first life story for 2018!! 😂 Okay.. gerak lu.. Assalamualaikum 😆✨

Thursday 10 November 2016

Ballerina?

 

    Hai, hai, Guys! Ape yang saya nak share eh hari ni? hmm.. Yes! Ballet! Mungkin ramai yang tak tahu ape tu ballerina.. Ballet tu adalah.. Jeng! Jeng! Jeng! Ceh wah, macam DJ Radio pulak. Ballet tu adalah satu tarian yang popular yang berasal dari French. Princess kan suka menari ballet, jadi.. saya pun suka jugak! Hehehe.. tapi kan, walaupun saya tak tau sangat nak menari ballet, tapi saya nak jugak ballet.. huhuhu.. Sebab ape tau, bila saya menari ballet, mesti semua stress saya hilang. Cuba korang try, manalah tau kalau tu pengubat stress korang.. hihi
    Ramai yang kata, 'apelah suka ballet, kan ada banyak lagi tarian lain'.. Tapi saya tak kisah orang nak kata apa.. Yang minat ballet tu saya, bukannya diaorang.. Suka hati sayalah. Asalkan saya bahagia. Tau tak, kalau kita minat balletkan, otak kita mesti akan jadi lebih ligat. Disebabkan kita memang minat sangat ngan ballet, mesti kita nak nak tau step-step ballet tu kan? So, mesti kita akan berlatih and banyakkan menghafal, kan? Betulkan? ;D Kalau sekali tengok ballet kan, mesti kita akn rasa yang ballet tu macam senang. Tapi, kalau kita betul-betul lihat dengan teliti, mesti kita akan rasa yang ballet tu cuma orang yang tertentu je boleh buat. 
    Cuba korang tengok pergerakan kaki ballerina tu. Kebanyakannya gunakan hujung jari kaki untuk berpusing dan bergerak. Susah kan? Masa saya first time tengok video ballet tu pun macam senang je, tapi bila try buat... Memang asyik jatuh je.. huhu Kalau nak dapat kan en point to mesti susah. Tapi saya tetap cuba walaupun susah dan sakit. I'll do it if I love it! 

Image result for ballet dancer black and white



I hurt because I dance, 
Othertime, I dance because I'm hurt..



Monday 31 October 2016

Dreams Come True?

   Rindunya!! Ape khabar? Dah lama tak share story dengan blog. Mesti blog rindu saya, kan? Mesti ramai orang akan fikir yang saya ni mental. hahah.. Kalau mental dengan blog kesayangan sendiri pon, ape salahnye, kan? By the way, hurm.. ape story yang saya nak share eh hari ni.. Banyak sangatlah story yang nak share sebab dah lama sangat tak tulis. Maklumlah, asyik busy je. Every day asyik study je. Lega final exam dah habis. And now, there's nothing that I've to worry for. But, next year is the most important that I ever worried in my life. Guess what? It is PT3!! Oh My God. Help me! I'm gonna die! Humph.. too much drama.. Hahah.. Broken English. But, at least I tried. 
  
   Apelah yang saya merepek ni. Dalam hati nak taip yang lain tapi benda lain yang saya taip. Okey lah, kita balik ke pangkal cerita. Sebenarnye kan, saya pon tak taulah nak taip ape, tu yang asyik merepek je. Masa cuti 5 hari ni kan, Ibu saya asyik membebel je. Tak taulah kenape, bila cuti je mesti bebel. Mungkin memang hobby dia kot masa cuti or dia dah set dalam mind dia. hahah.. Jahatnye. Suka hati je ngumpat dalam blog ni. Tapi normal lah tu, setiap ibu mestilah akan membebel. Tapi saya tau, dia bebel pon demi kebaikan saya jugak. Kalau tak, mesti dah berlemak. Takpelah, tadah telinga jelah.. Tapi kan, saya tak kesah sebab memang tu hobby ibu saya.
   
    Bercerita pasal hobby kan, ape hobby korang? Saya? Jangan tanye lah, of course lah berangan! Haha.. Ramai jugak yang kata, kalau berangan tu kan, mana lah tau boleh jadi kenyataan. Berangan bukannya dosa pun. Saya taklah berangan sepanjang masa. Ada masa, saya berangan lah. Saya tak nak lah jadi macam Mat Jenin tu yang selalu sangat berangan benda yang tak akan dapat dicapai. Tapi kan, berangan tu lah yang best sebab kita dapat bayangkan perkara yang kita ingin kan walaupun benda tu kita memang tak boleh capai. huhu..
  
    Sekiranya saya ni Cinderella, tentu saya sudah tempah tiket penerbangan first class supaya dapat terbang ke London. Lepastu, saya akan makan tengah hari di bawah Eiffel Tower Paris, lepastu saya akan terbang ke Itali untuk makan ais krim paling sedap di dunia sebelum masuk tidur. Before that, saya akan tempah hotel yang palig termahal di dunia iaitu di New York yang berharga US$100,000. Itu namanya percutian menternak lemak di badan. Apa salahnya? Sudah nama pon Cinderella. Suka hati sayalah! Masalahnya... saya bukannya Cinderella. Tapi tak salahkan kalau nak berangan-angan. Manalah tahu kalau angan-angan saya menjadi kenyataan! >_< 
     
    Baiklah.. Saya mahu berhenti menaip. Sampai sini sahajalah kisah merapu saya. Harap tak ada sesiapa yang terasa. Assalamualaikum.. :)

Monday 21 September 2015

Angan-angan si gadis Cinderella

  Kata orang, kalau kita sakit, Allah nak bagi peluang untuk cuci dosa2 kita. Aku tahu aku ada banyak buat dosa. Dosa pada ibu yang aku sayangi. Aku selalu sakitkan hati dia dengan bergurau.. Dosa pada adik beradik. Aku selalu kedekut makanan dengan diaorang. Selain itu? rasanya aku tidak pernah buat masalah! Ya, hidup ku penuh dengan masalah! Banyak masalah!

  Bukankah hidup Cinderella penuh dengan masalah sebelum dia menjadi tuan puteri? Itu kisah Cinderella yang menjadi isteri tuan putera dan hidup bahagia selama-lamanya! Tetapi aku.. Aku hanyalah gadis yang berangan menjadi Cinderella di dalam blog ini. Apa sangatlah perbezaan antara aku dengan Cinderella. Cinderella tu cantik, aku pun apa kurangnya cuma tidaklah seputih dia. Cinderella tu bijak, aku bijaklah jugak! Sebab itulah aku masuk Sekolah Tinggi Kluang. Cinderella selalu pegang penyapu, sapu sampai bersih. Aku? Aku pun selalu pegang penyapu dan sapu lantai dalam kelas. Lebih menyedihkan, di dalam kelas asyik hilang penyapu. Terpaksalah aku 'tebalkan muka' pergi setiap kelas untuk meminjam penyapu.

  Cinderella selalu didera oleh ibu tirinya. Aku? Apa kurangnya. Aku juga malang kerana selalu diejek oleh budak lelaki yang bernama Naqib. Ya, Naqib and The Gang. Bila teringatkan mukanya, rasa seperti mahu menyendal dengan batang mop. Ramai 'bunga' yang layu apabila melihat matanya yang cantik itu. Aku? Jangan haraplah aku akan 'layu' disebabkan dia. Mentang-mentanglah anak 'artis' mahu ejek orang pulak. Ada ke ejek aku 'Hasya Busya'. Jumpa kat tengah jalan pun masih boleh lagi sepakat dengan geng dia untuk ejek aku. Apakan daya, hanya mampu tebalkan muka sahaja. Ramai yang kata aku patut bersyukur sebab kena ejek dengan group Naqib and the gang tu sebab muka diaorang handsome. What?! Makin meluat aku dengar. Aku Benci! Benci! Okey, sekarang aku akan luah rasa benci tu 1000 kali.

  Astagfirullah! Apa yang aku merepek ni. Tarik nafas dalam-dalam. Baiklah, aku akan cuba bersabar. Aku tahu ini ujian daripada Tuhan. Bukankah Tuhan akan menguji hamba yang disayanginya sahaja! Tak pernah aku tulis sepanjang ni kat blog. Ada bakat jadi penulis novel ni. Sudah2 lah tu berangan, hasya. Nasib baiklah berangan tu free. Kalau tak, beribu-ribu duit yang ibuku kena keluarkan sebab dah banyak sangat berangan.

  Aku masih tidak dapat lagi berangan-angan menjadi Cinderella di STK ini. Apatah lagi kat sekolah tu ada Naqib and The Gang. Dia memang saya anggap 'Tapir Gunung' atau anak raksasa yang selalu menghancurkan harapanku untuk menjadi Cinderella. Oh, aku stress!


Dah Lamee tak bukak...huhu

Hmm.. memang dah lama tak buka blog ni. Agak-agaknya dah berhabuk blog ni. Apakan daya, makin meningkat umur semakin busy hidup kita. Dari tahun 5, sampailah sekarang.. dah 13 tahun. Makin banyak dugaan yang harus ku tempuhi. Makin besar tanggungjawab yang harus ku pikul. Kini.. aku bukanlah lagi kanak-kanak ribena yang boleh bersuka-ria seperti dahulu.. Aku harus berubah.. But... how? Ramai yang kata perangaiku seperti kanak-kanak ribena. 'Seperti budak tak matang', itulah yang diaorang selalu cakap kat aku. Rasa nak marah pun ada.. Rasa nak tampar muka diaorang sampai berkecai pun ada.. Tapi, nak buat macam mane.. Alahai nasib..Itulah dugaan yang aku hadapi sejak aku masuk ke sekolah menengah iaitu,'Sekolah Menengah Tinggi Kluang. Pelbagai lagi dugaan apabila aku digelar 'anak cikgu' di sekolah itu. Aku bagaikan 'presiden glamour' di sekolah itu kerana ramai guru yang memerhatikan aku dan membuat laporan untuk dihantar ke ibuku. Begitulah nasibku...huhuhu

Friday 1 November 2013

Bestnyer... Daki Gunung...

Fuhh..."best giler" daki gunung. Tau tak gunung a
Cuba teka...Hehehe...Tak tau kan? Nak tau tak? Jawapannya.. Gunung Lambak. Best. Mula-mula Hasya dan parents Hasya pergi naik kat atas tu.Jalan nak perg ke atas tu rata je. Bila dah sampai sikitkan, tengok-tengok dah tak de jalan, dah kena "jungle trekking" la pulak. Adoi... susah giler nak pergi ke atas puncak tu. Bila dah sampai je tengok-tengok ade papan tu tulis, "SELAMAT DATANG KE GUNUNG LAMBAK" ingatkan dah sampai, rupa-rupanya jauh lagi nak sampai ke puncak tu. Huhh... Penatlah. Lain kali jelah. Siape-siape yang nak pergi cubalah. Memang penat giler. Hehehe... OKEY, 

                                                             ByE-bYe...

Friday 13 September 2013

Lamanya tak tulis blog...Hehehe...

Huhuhu... Dah lamanya Hasya tak tulis cerita kat blog. Nak tulis ape ye... Nantilah fikir. Siape boleh teka kenapa Hasya dah lama tak tulis blog? Cuba teka. Korang semua tak tau kan, kan, kan. Hehehe... Nak tau tak jawapannya ape? Jawapannya... Korang pikirlah sendiri... Hahaha... Padan muka! Gurau je... Kalau nak jawab sila comment kat tempat comment tu. Comment tau jangan tak comment... Sampai sini sahaja yang Hasya nak ceritakan...

                                             Assalamualaikum...
 

My Music

 

Designed By Blogs Gone Wild!