Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday 29 January 2012

Naik bas....best.....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada hari ini, Hasya naik bas. Hasya rasa macam best sangat naik bas. Ye la, baru  first time naik bas, biasalah. Hasya rasa macam nak naik bas lagi jer. Hasya rasa macam cepat je sampai ke skudai. Tapi, Hasya tak pernah naik kapal terbang dan  helikopter. 

Wednesday 25 January 2012

Tak sabar-sabar......♥♥♥ .....

Hari ini saya rasa tak sabar-sabar nak pergi sekolah. Hasya rasa macam rindu jer kat friends and teacher. Kawan yang Hasya rindu ialah : Yusrina Irdahani, Syazwani Afifah, Nadiatul Natasya, Izah dan semua kawan-kawan Hasya. Hasya rasa rindu jer dekat guru-guru dan cikgu-cikgu yang mengajar Hasya selama ini. Terutama sekali : Cikgu Rozana, Cikgu Zalifah dan Cikgu Kavita. Baiklah, itu sahaja yang Hasya nak tulis kan.

                                                               Bye...♥♥♥....

Alahai comelnye anak kucing ini....♥♥♥ ......

Hasya lihat comelnya kucing-kucing ini. Cuba teka,
dimanakah kucing ini berada ?
Nak tau jawapannya apa? 
Korang Fikirlah sendiri !!!
Hahahaha....

Senyuman untuk awek-awek Abang Bo (Abang Botak / Abang Aqil)....

Hari ini, ibu dan baba menghantar Abang Bo ke kedai yang bernama Kedai Gunting Rambut. Hasya lihat sebelum menggunting rambut Abang Bo, baba menyuruh Abang Bo membuat pilihan. Nak gunting samapai botak licin ke, nak ada rambut sikit ? Aqil pun menjawab nak ada rambut sedikit. Baba pun tak tahu nak pilih yang mana satu. Lalu, baba mengambil dut syiling dan bercakap kepada Abang Bo, kalau yang atas ni gunting ada rambut sikit tau yang bawah ni pula botak licin. Sekali, baba mencampakkan duit syiling itu dekat Abang Bo seperti mencampakkan bola ke jaring yang rendah. Tiba-tiba.....Abang Bo mendapat yang atas. Hasya ingatkan nak gunting rambut Abang Bo sampai licin, licin seperti telur rupa-rupanya tidak. Hurmmm....Tapi, tak pelah dapat juga potong rambut Abang Bo. Ibu berkata, takpe masih ada pelung lagi untuk melicinkan kepala Abang Bo, kan setiap bulan kena potong rambut Abang Bo, setiap hari macam ni lah imej Abang Bo, panjang lebar ibu berkata. Selepas Abang Bo memotong rambut, Hasya lihat Abang Bo asyik pegang rambut jer. Hasya rasa mesti Abang Bo berkata dalam hati "Fuyoo, handsome sey aku''. Selepas Abang Bo gunting rambut, Abang Macho (Abang Afiq) pula yang gunting rambut. Hasya lihat bandingkan Abang Macho dan Abang Bo, siapa yang lagi handsome,  Hasya rasa Abang Macho yang handsome. ''Fuyoo, banyaknya Hasya tulis, rasa macam tulis novel dua muka surat pula, hahahaha......Baiklah, itu sahaja Hasya hendak menceritakan.

                                                                  Assalamualaikum Warahmatullah....                                                                       

Monday 23 January 2012

Hasya tak suka.....

Hasya berasa paling tak suka kalau ada seorang budak lelaki atau budak perempuan itu :
                                                                   
i.   Mengejek Hasya.
ii.  Mengacau Hasya belajar. 
iii. Bercakap bodoh atau benda-benda yang menyakitkan hati.

Kalau lah budak yang mengejek Hasya dan bercakap bodoh atau benda-benda yang menyakitkan hati di tempat yang sunyi tiada orang Hasya dah lama cili mulut budak tu atau tendang sikit. Tapi, sekarang Hasya memang cakap serious ni. Kalau siapa berani buat lah. Tau lah Hasya nak buat apa. Hasya paling pantang kalau orang cakap benda-benda yang boleh menyakitkan hati Hasya. Hasya akan bagi warning dekat budak tu...Tapi, sabar jelah. Sabar tu kan separuh daripada iman....Hahahaha..... :)

                                                          Assalamualaikum......

Kebulurnya makan!!!

Hari ini Abang Bo makan sungguh kebulur sebab ye la baru lepas menangis kena rotan dengan ibu. Masa pagi tadi Abang Bo makan mee hun sampai tiga pinggan. Hasya lihat budak ni macam orang tak pernah  makan jer.Hasya lihat macam orang betul betul kebulur. Abang Bo dengan berselera nya makan malam dengan satu pinggan nasi penuh. Hasya lihat Abang Bo makin lama makin banyak makan. Dulu, Abang Macho (Abang Afiq) yang makan banyak sekarang ni Abang Bo (Abang Aqil) pula. Adoiii.....Abang Bo (Abang Aqil) tu dah la makan nasi banyak sangat. Lepas itu, kurang ajar dan melawan cakap ibu bapa pula. Hurmmmm...Apa nak jadi....-_-........


                                                           Assalamualaikum....♥.....                                                         




Buat pembetulan Matematik......♥♥♥ .......

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini ibu menyuruh Abang Bo (Abang Botak / Abang Aqil) membuat pembetulan latihan Maths. Sebab, semalam Abang Bo membuat latihan . Selepas Abang Bo membuat latihan Maths, Ibu pun check lah betul atau tidak. Lepas ibu check Abang Bo punya latihan  Maths , Pehh!!! Banyak sey kesalahan Abang Bo di buku Maths. Next day, ibu menyuruh Abang Bo membuat pembetulan pada buku Maths. Hasya lihat, lama betul Abang Bo membuat pembetulan daripada pagi hingga ke malam tak siap-siap lagi. Ibu dah penat dah merotan Abang Bo. Huuuuuuuu....Kalau macam ni lah style Abang Bo, cikgu tuisyen pun penat nak ajar cikgu tuisyen bagi jawapan jelah. Sebab, nak ajar berapa kali tak pandai-pandai, baik bagi jawapan jelah nak pukul dengan menggunakan rotan nanti ibu bapa yang lain mengamuk pulak sebab anaknya balik sekolah jer mesti bergaris merah di tangan, di kaki dan di badan. Silap-silap, kalau cikgu tuisyen rotan nanti sampai bergaris warna merah mesti ibu atau bapa datang sekolah bawak parang, pistol, pisau dan sebagainya. Hasya rasa takut la pulak kalau jadi guru sebab, nanti takut pukul budak guna rotan nanti ibu bapa lain bawa pisau bawa itu bawa ini dan mengamuk. Heemmmmm.......-_-.......Susah juga jadi Cikgu ''ya.''Hurmmm......... 

                                                             ''Goodbye my story"........♥.......


Buku yang Hasya minati.... :).....♥♥♥ ......

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Hari in ibu saya belikan saya buku. Buku itu bertajuk : Projek fesyen.
Buku itu saya beli di : Jusco.

Buku Projek fesyen itu sangat menarik sebab......

i.   Sebuah cerita yang sangat menarik dan lawak.
ii.  Memberi kita seronok apabila dibaca.
iii. Buku Projek fesyen itu tebal.
iv. Buku itu ada stiker.
____________________________________________________________________________________
2. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Buku yang kedua pula yang saya suka ialah : Aku kah Cinderella itu?
Buku Aku kah Cinderella  itu ? pun Hasya beli di : Jusco.
Hasya sangat suka buku Aku kah Cinderella itu? sebab.......
i.   Bukunya sangat tebal.
ii.  Ceritanya sungguh seronok ataupun BEST!
iii.  Memberikan pengajaran yang baik ataupun TERBAIK!!! 

                                             ASSALAMUALAIKUM....♥♥♥.....

Sunday 22 January 2012

Huhuhuhu..........♥♥♥.....

Huhuhuhu....Hari ini abang saya yang bernama Muhamad Aqil Bin Badrul Nazir kena sebat dengan ibu. Ibu saya sebat Abang Bo (Abang Botak) menggunakan batang penyapu. Hasya lihat ibu pukul Abang Bo kuat sampai Abang Bo melalak-lalak. Ibu puku Abang Bo dekat belakang badan dan kaki. Tapi, Hasya tak tau lah belebam ke tidak Abang Bo punya kaki tu. Sebab Hasya tak tengok pun belakang badan Abang Bo dan pada kaki Abang Bo. Hasya rasa belebam kot. Tapi nasib baik kaki Abang Bo tak patah nanti menyusahkan orang je. Hahahaha.....Gambar ini pula di ambil masa Abang Bo tidur kepenatan membuat maths...Hahahaha....
    
                                                   Goodbye...♥♥♥....

Saturday 7 January 2012

Abang Bo sudah ada blog.....♥♥♥.....

Hari ini Abang Bo (Abang Botak) sudah ada blog. Tapi, kelakar sikit nama blog Abang Bo (Abang Botak). Nama blog Abang Bo (Abang Botak) ialah Diari Abang Bo. Hahahaha....kalakar kan. Kan, kan, kan. Tapi, bukan Abang Bo (Abang Botak) yang taip ibu yang taip kan. Mula-mula Abang Bo (Abang Botak) tulis kat diary, bila  Abang Bo (Abang Botak) dah habis tulis dekat diary ibu letak lah cerita tu dekat blog Abang Bo (Abang Botak). Baik lah.                                            
                             
                                                             Sekian, terima kasih...♥♥♥....

    

Friday 6 January 2012

Happy birthday baba.....♥♥♥.....

Hari ini ialah Happy birthday baba. Hasya rasa sungguh gembira kerana dapat makan kek, lepastu makan chicken chop, lamb chop dan air pulpylicious. Selepas itu, Hasya bagi hadiah untuk baba. Hasya bagi sapu tangan yang bentuk ♥ (love) warna merah dan Hasya buat kad untuk baba. Abang afiq pula bagi hadiah hiasan meja. Tapi, panjang lah. Abang bo (abang botak) pula tak bagi apa-apa. Abang bo(abang botak) kad pun tak bagi. Abang Bo(abang botak) cuma duduk makan dan minum. Hasya rasa Abang Bo(abang botak) tu, macam kurang ajar je. Adik Husna pula bagi hadiah bunga. Biasa lah (minah bunga). Ibu pula beri hadiah yang paling besar, hadiah nya ialah gambar yang paling besar. Hasya, Ibu Abang Afiq dan Adik Husna beli barang-barang tu dekat Jusco. Abang Afiq makan burger. Makanan-makanan tu pun beli dekat Jusco. Ibu ada cakap dekat Hasya, Abang Afiq dan Adik Husna, kalau Happy birthday kek atau hadiah pilih. Hanya ada dua pilihan sahaja. Nak kek atau pun hadiah? Hasya rasa Hasya nak hadiah komputer atau pun handphone yang touch screen. Tapi, rasa boleh ke tidak beli hadiah tu, ye? Hasya rasa tak dapat sebab, mahal. Baik lah, itu sahaja Hasya nak cerita kan.


                                                                         Assalamualaikum.........♥♥♥.....

Abang Bo...♥♥♥

Hari ini abang saya yang bernama Muhamad Aqil telah botak. Ibu saya namakan Abang Aqil ialah, Abang Bo (abang botak). Hasya rasa u all nak lihat tak imej abang bo pada tahun 2012 ?  Kalau nak tengok di sebelah tepi ni. Handsome tak? Kalau handsome comment. Okey? Cuba teka, Abang Bo (abang botak) ni degil ke tidak? Kalau degil comment lah. Okey?  ♥♥♥...





Sunday 1 January 2012

Gunting rambut....

Hari ini Hasya, Abang Afiq dan Adik Husna kena gunting rambut. Cuma Abang Aqil seorang je tak gunting rambut sebab masa kat kampung tu dah gunting rambut. Abang Aqil gumting rambut sampai 10mm. Abang Afiq pula sampai setengah inci.
 

My Music

 

Designed By Blogs Gone Wild!