Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday 25 January 2012

Senyuman untuk awek-awek Abang Bo (Abang Botak / Abang Aqil)....

Hari ini, ibu dan baba menghantar Abang Bo ke kedai yang bernama Kedai Gunting Rambut. Hasya lihat sebelum menggunting rambut Abang Bo, baba menyuruh Abang Bo membuat pilihan. Nak gunting samapai botak licin ke, nak ada rambut sikit ? Aqil pun menjawab nak ada rambut sedikit. Baba pun tak tahu nak pilih yang mana satu. Lalu, baba mengambil dut syiling dan bercakap kepada Abang Bo, kalau yang atas ni gunting ada rambut sikit tau yang bawah ni pula botak licin. Sekali, baba mencampakkan duit syiling itu dekat Abang Bo seperti mencampakkan bola ke jaring yang rendah. Tiba-tiba.....Abang Bo mendapat yang atas. Hasya ingatkan nak gunting rambut Abang Bo sampai licin, licin seperti telur rupa-rupanya tidak. Hurmmm....Tapi, tak pelah dapat juga potong rambut Abang Bo. Ibu berkata, takpe masih ada pelung lagi untuk melicinkan kepala Abang Bo, kan setiap bulan kena potong rambut Abang Bo, setiap hari macam ni lah imej Abang Bo, panjang lebar ibu berkata. Selepas Abang Bo memotong rambut, Hasya lihat Abang Bo asyik pegang rambut jer. Hasya rasa mesti Abang Bo berkata dalam hati "Fuyoo, handsome sey aku''. Selepas Abang Bo gunting rambut, Abang Macho (Abang Afiq) pula yang gunting rambut. Hasya lihat bandingkan Abang Macho dan Abang Bo, siapa yang lagi handsome,  Hasya rasa Abang Macho yang handsome. ''Fuyoo, banyaknya Hasya tulis, rasa macam tulis novel dua muka surat pula, hahahaha......Baiklah, itu sahaja Hasya hendak menceritakan.

                                                                  Assalamualaikum Warahmatullah....                                                                       

No comments:

Post a Comment

 

My Music

 

Designed By Blogs Gone Wild!