Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday 21 September 2015

Angan-angan si gadis Cinderella

  Kata orang, kalau kita sakit, Allah nak bagi peluang untuk cuci dosa2 kita. Aku tahu aku ada banyak buat dosa. Dosa pada ibu yang aku sayangi. Aku selalu sakitkan hati dia dengan bergurau.. Dosa pada adik beradik. Aku selalu kedekut makanan dengan diaorang. Selain itu? rasanya aku tidak pernah buat masalah! Ya, hidup ku penuh dengan masalah! Banyak masalah!

  Bukankah hidup Cinderella penuh dengan masalah sebelum dia menjadi tuan puteri? Itu kisah Cinderella yang menjadi isteri tuan putera dan hidup bahagia selama-lamanya! Tetapi aku.. Aku hanyalah gadis yang berangan menjadi Cinderella di dalam blog ini. Apa sangatlah perbezaan antara aku dengan Cinderella. Cinderella tu cantik, aku pun apa kurangnya cuma tidaklah seputih dia. Cinderella tu bijak, aku bijaklah jugak! Sebab itulah aku masuk Sekolah Tinggi Kluang. Cinderella selalu pegang penyapu, sapu sampai bersih. Aku? Aku pun selalu pegang penyapu dan sapu lantai dalam kelas. Lebih menyedihkan, di dalam kelas asyik hilang penyapu. Terpaksalah aku 'tebalkan muka' pergi setiap kelas untuk meminjam penyapu.

  Cinderella selalu didera oleh ibu tirinya. Aku? Apa kurangnya. Aku juga malang kerana selalu diejek oleh budak lelaki yang bernama Naqib. Ya, Naqib and The Gang. Bila teringatkan mukanya, rasa seperti mahu menyendal dengan batang mop. Ramai 'bunga' yang layu apabila melihat matanya yang cantik itu. Aku? Jangan haraplah aku akan 'layu' disebabkan dia. Mentang-mentanglah anak 'artis' mahu ejek orang pulak. Ada ke ejek aku 'Hasya Busya'. Jumpa kat tengah jalan pun masih boleh lagi sepakat dengan geng dia untuk ejek aku. Apakan daya, hanya mampu tebalkan muka sahaja. Ramai yang kata aku patut bersyukur sebab kena ejek dengan group Naqib and the gang tu sebab muka diaorang handsome. What?! Makin meluat aku dengar. Aku Benci! Benci! Okey, sekarang aku akan luah rasa benci tu 1000 kali.

  Astagfirullah! Apa yang aku merepek ni. Tarik nafas dalam-dalam. Baiklah, aku akan cuba bersabar. Aku tahu ini ujian daripada Tuhan. Bukankah Tuhan akan menguji hamba yang disayanginya sahaja! Tak pernah aku tulis sepanjang ni kat blog. Ada bakat jadi penulis novel ni. Sudah2 lah tu berangan, hasya. Nasib baiklah berangan tu free. Kalau tak, beribu-ribu duit yang ibuku kena keluarkan sebab dah banyak sangat berangan.

  Aku masih tidak dapat lagi berangan-angan menjadi Cinderella di STK ini. Apatah lagi kat sekolah tu ada Naqib and The Gang. Dia memang saya anggap 'Tapir Gunung' atau anak raksasa yang selalu menghancurkan harapanku untuk menjadi Cinderella. Oh, aku stress!


Dah Lamee tak bukak...huhu

Hmm.. memang dah lama tak buka blog ni. Agak-agaknya dah berhabuk blog ni. Apakan daya, makin meningkat umur semakin busy hidup kita. Dari tahun 5, sampailah sekarang.. dah 13 tahun. Makin banyak dugaan yang harus ku tempuhi. Makin besar tanggungjawab yang harus ku pikul. Kini.. aku bukanlah lagi kanak-kanak ribena yang boleh bersuka-ria seperti dahulu.. Aku harus berubah.. But... how? Ramai yang kata perangaiku seperti kanak-kanak ribena. 'Seperti budak tak matang', itulah yang diaorang selalu cakap kat aku. Rasa nak marah pun ada.. Rasa nak tampar muka diaorang sampai berkecai pun ada.. Tapi, nak buat macam mane.. Alahai nasib..Itulah dugaan yang aku hadapi sejak aku masuk ke sekolah menengah iaitu,'Sekolah Menengah Tinggi Kluang. Pelbagai lagi dugaan apabila aku digelar 'anak cikgu' di sekolah itu. Aku bagaikan 'presiden glamour' di sekolah itu kerana ramai guru yang memerhatikan aku dan membuat laporan untuk dihantar ke ibuku. Begitulah nasibku...huhuhu
 

My Music

 

Designed By Blogs Gone Wild!