Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday 6 December 2012

sudah lupa matematik

Aduh.....macam mana ni dah lupa matematik ni. Susah lah macam ni. Petang tadi dah kena marah dah dengan ibu sebab tak tau nak buat latihan matematik tahun lima. Besok nak kena buat lagi matematik . aduh...susah lah macam ni. Tak pelah dapat ilmu juga.hemm....ngantuk lah pulak ok lah ............Gooooooooooood ....... Nighhhhhhhhhhttttttttttt...............

Thursday 15 November 2012

Library baru...

Hari ini Hasya dapat pergi library baru. Library nyer besar pulak tu. Lepas tu tandas nyer bersih, ade banyak buku, lepas tu library tu tak bising. Tenang jer. Bila dekat Skudai tu library nyer bising je. Tak boleh nak senyap. Lepas tu, ada bayi yang asyik-asyik uwek-uwek tak habis- habis. Tapi, dekat sini tenang giler. Dekat sini ade komputer banyak. Hasya ingatkan nak duduk dekat sini sampai pukul lima petang ke. Tapi....malangnya....... Tak dapat juga. Sebab kan hari ni kan hari Jumaat jadi tutuplah sekejap pada pukul satu. Sebab..mereka....nak.....sembahyang.....Jumaat.....!!!  Bye!!!


Wednesday 14 November 2012

Rumah baru....

Bestnyerr dapat rumah baru.... Tapi, penat jugek ek kalau pindah. Hasya rasa Hasya tak nak dah pindah dah lepas ni. Dah la nak kena angkat barang ke lori, lepastu dah sampai rumah tu nak kena turunkan pulak barang-barang tu. Aduhh... penatnyer lah. Lepas turunkan barang-barang tu, nak kena susun pulak. Huuu... Hasya tak nak dah pindah lagi dah. Hasya dah insaf. Tapi, dekat rumah ni best jugak. Udara nye pun best, rumah pun dekat dengan taman permainan. Tapi, dekat situ pun boleh main basikal sebab kereta tak banyak pun sikit je. Tapi malangnye tak dapat jugak sebab banyak anjing yang berkeliaran. Hemm... ape lah yang Hasya nak buat...bosannyer....

Saturday 25 August 2012

Mahu kahwin dengan Nurul ke Shahirah?

Heemmmm...... Rasa-rasanya kan Abang Afiq tu mahu kahwin dengan Nurul ke Shahirah? Hemmm....Hasya lihat ramainya yang berminat dengan abang Hasya yang tingkatan 3 tu. Mula-mula Nur Azlina Neena. Hasya lihat abang Hasya yang tingkatan tu dengan Nur Azlina Neena hampir sama dengan Najwa Latif. Sebab, kan Najwa Latif kan berkenalan dalam muka buku (facebook). Selepas Nur Azlina Neena, Nurul pula. Abang Afiq dan Nurul tu berkenalan di kelong. Hasya lihat hampir setiap hari Nurul hantar message. Selepas Nurul  lepastu Shahirah pula. Aduhai ramainya yang berminat dengan Abang Afiq. Haa... Nak lihat gambar Abang saya yang ramai orang minat tu?










                                                  

Di pagi raya...

Di pagi raya ini....

Pada pagi raya yang pertama, sewaktu Hasya meminta maaf dengan ibu..... Hasya menangis kerana sewaktu Hasya tahum empat, Hasya rasa Hasya sudah banyak dosa yang Hasya buat dekat ibu. Seperti:

  1. Bila ibu marah je Hasya selalu muncung.
  2. Kerana Hasya buat ibu marah.
  3. Hasya tak berapa urut ibu.
Itulah dosanya. Tetapi dosa abang Hasya yang tahun 6 tu lagi banyak. Tetapi, Aqil tak nangia pun. cuma Hasya dan abang Hasya yang tingkatan3 tu je menangis. Hasya lihat Aqil hanya tersenyum je. Hasya rasa Aqil minta maafasal buat je kot. Bye......

Raya paling teruk.....hemmm.....

Heemmm..... Hasya rasa raya pada tahun ini tak berapa best.  Sebab, hemm. Hasya punya duit Hasya sudah hilang duit. Banyak tu. Duit Hasya ada seratus ringgit. Sekarang ni Hasya cuma ada sepuluh ringgit je. Yang abang Hasya pun sama dah hilang duit. Boring betullah. Husna ada seratus lebih. Kalau duit dalam bank campur dengan duit raya mesti banyak. Mestia ada ->  300 + 100 = 400. Hemmm..... Dah latu sampai sini sahaja. Heemmmmmmmmmm............ Boooorriiiiiiingnyaaaaaaaaaaa!

Friday 27 July 2012

Sahur...

Pada hari ini Hasya sahur pada pukul satu. Hasya sahur makan mee goreng (mamak)sedap... Hasya makan mee goreng mamak tu di kedai mamak (AYUB). Selepas Hasya habis sahaja makan, Hasya terus balik rumah. Bila sudah pukul empat je, Hasya terus terbongkang (tidur). Tiba-tiba je bangun pagi sudah pukul SEPULUH LIMA BELAS MINIT!!! Alangkah terkejut nya!!! Akhirnya, Hasya tidak solat subuh. Tetapi, memang Hasya tak sedar pun pada waktu itu. Hasya bangun je tiba-tiba cuma ayah Hasya sahaja yang bangun. Tengah masak di dapur. Ibu, adik abang-abang Hasya yang dua orang tu pun belum bangun lagi. Dah lama kemudian, ibu sudah bangun. Bila ayah Hasya lihat abang-abang Hasya belum bangun lagi, ayah Hasya pun buka laptop dan buka bunyi ambulans. Ayah Hasya buka kuat pulak tu. Pun abang-abang Hasya belum bangun. Cuma Aqil sahaja yang bangun. Afiq belum bangun lagi. Ibu pun kejut lah Afiq tu. Ibu pun berkata,"Ni kalau rumah terbakar pun tak bangun. Baru lah Afiq bangun. Baiklah, cuma sampai sini sahaja. Selepas ini, Hasya akan menceritakan cerita yang baru. GOODBYE...

Friday 6 July 2012

Menyibuk....

Hasya lihat ketua kelas tu yang bernama Aiman tu asyik mengejek Hasya je. Dia panggil Hasya ni (Hasya Acha). Hasya boring lah. Kalau Hasya balas balik dekat dia, dia marah pula. Hei, memang tak patut betullah jadi ketua kelas. Ketua kelas sepatutnya jaga kelas bukannya pergi mengacau orang. Kalau macam tu lebih baik Hasya yang jadi ketua kelas, tak payah dia yang jadi ketua kelas. Baiklah, sampai disini sahaja... Asalamualaikum...

Seronoknya...

Pada hari ini Hasya berasa sangat seronok kerana ibu sudah balik dari Kluang. Lepas tu, Hasya lihat bila ibu balik je mesti Aqil punya muka masam je, macam tak seronok je bila ibu balik. Hasya suka ibu balik sebab, nanti tak lah sunyi rumah. Pada hari inikan ibu yang masakkan, Hasya rasa sungguh sedap tetapi, baba pun sedap juga. Hari ini, ibu masak ikan masak sambal dan labu masak lemak. Walaupun, simple makananya, tetapi Hasya suka... TAMAT...

Lamanya....

Hurmm, lamanya kan Hasya tidak tulis blog. Daripada hari Jumaat pada tarikh 8 Jun 2012. Hasya suka tulis di blog ni tak tahu kenapa. Tiba-tiba sahaja Hasya sudah mula suka dengan blog ini. Kawan-kawan suka tak tulis cerita di blog, ni? Hasya suka. Baiklah sampai di sini sahaja... Goodbye...

Friday 8 June 2012

Sudah balik...

Pada hari ini, Afiq, Aqil dan baba sudah balik dari kelong. Afiq menunjukkan gambar-gambar semasa di kelong. Baba pula menunjukkan video semasa di kelong juga. Balik-balik rumah je Afiq tak dapat seekor pun ikan tapi, Aqil dapat seekor sahaja ikan. Baba pula dapat seekor ikan yang besar. Dah lama kemudian, dalam pukul 9:30 Aqil dah tidur. Ibu kejut Aqil suruh bangun solat isyak, tapi Aqil tak nak bangun. Dah banyak kali dah ibu kejut tapi nak tidur juga. Dah lama je, barulah Aqil pergi sembahyang isyak berjemaah (bersama-sama)dengan Afiq. Selepas Aqil solat, tidak lama kemudian... Aqil dah terbongkar dah. Baiklah, sama disini sahaja... GOOD NIGHT....

Thursday 7 June 2012

Terpaksa pegang bot...hahaha...

 Pada pukul 5:00, baba saya telefon ibu saya. Baba cakap dah sampai di kelong. Lepas ibu habis cakap dengan baba Hasya tanyalah dekat ibu, dah sampai ke? ibu pun jawablah dah. Hasya tanya lagi, Aqil takut ke naik bot? Ibu jawablah, Afiq kata Aqil pegang bot tu kuat-kuat. Hasya pelik lah lihat Aqil tu naik bot pun takkan lah  takut juga? Mungkin Aqil tak biasa kot naik bot. Dah lama kemudian, Hasya tanyalah dekat ibu dekat kelong tu ada ke air? Ibu jawab tak de tapi, orang tu bagi lima botol besar. Baiklah, sampai sini sahaja sebab cerita ni pun sampai sini kot. 

                                                        ASSALAMUALAIKUM....

Suka tonton cerita : Barbie dan Princess...

Hemmm.....Hasya lihat Husna memang suka menonton cerita Barbie dan Princess tak kira lah cerita Princess yang lama ke, yang baru ke tetap Husna akan tonton. Hasya lihat Husna memang tak suka tonton cerita yang lain setiap kali bagi buka laptop je mesti buka cerita Barbie and Princess tak tau lah kenapa, ataupun mesti Husna dah beragan-angan mahu menjadi seorang Princess. Kalau Hasya cakap dengan Husna yang Barbie and Priencess tu tak wujud dalam dunia ni mesti Husna tak nak percaya. Husna kata Barbie and Princess wujud lah. Baiklah, TAMAT...!!!

Bestnya.....

Hurai, hari ini Aqil tak de di dalam rumah sebab Aqil ikut baba pergi memancing. Jadi, Hasya, ibu dan Husna je  ada di dalam rumah ni. Afiq, baba dan Aqil pergi memancing di kelong dekat tengah laut, naik bot. Tapi, Hasya lihat Aqil nak naik bot pun takut. Nak pergi memancing pada waktu malam pun takut, sebab takut ada hantu hantu yang ditunjukkan di dalam buku mastika. Hasya harap Afiq dan Aqil tak mabuk laut, kalau Afiq dan Aqil mabuk laut nanti mntah-muntah kang dekat dalam bot. Sampai sini sahaja.....

                                                          Bye...Bye...Goodbye....

Wednesday 6 June 2012

Masih kurang ajar dengan ibu....

 Assalamualaikum, Hasya mahu menceritakan tentang Aqil masih kurang ajar. Hasya lihat Aqil masih tak nak minta maaf, ada lah sekali Aqil minta maaf dekat ibu sambil menangis-nangis lepas minta maaf keesokan harinya, buatlah perangai semula. Samalah macam mama ( mak yang melarikan diri) minta maaf sambil menangis-nangis dekat ibu ( ibu yang tidak melarikan diri). Hasya rasa Aqil dah dapat kot perangai macam mama tu, sama je perangai mungkin sebab keturunan kot, maknya macam tu perangainya anaknya pun macam tu lah. Baiklah, sampai di dini sahaja....

                                                 " TAMAT....BYE...GOODBYE..."

Tuesday 5 June 2012

Kisah wanita 2012...

Pada hari ini, yang bertarikh  06 / 06 / 2012, hari selasa. Hasya baru sahaja habis baca surat khabar, tiba-tiba hasya baca cerita yang bertajuk: wanita memandu kereta histeria lepastu, ada orang hampir terjun di tingkat 12. Hasya rasa banyak lah wanita-wanita yang buat macam tu masa zaman moden ni. Ada wanita (yang sudah kahwin)  yang buat sesuatu lah dekat anak dia. Macam-macam ek, wanita-wanita zaman sekarang ni. Hai, wanita zaman sekarang, macam-macam kes. Okey...

                                                               TAMAT...BYE....

Pasal Tesco...

Pada hari ini, Hasya pergi ke Tesco bersama keluarga Hasya. Keluarga Hasya termasuklah :

  • Baba...(40 tahun)...Dah sambut birtday... 
  • Ibu...(39 tahun)...belum sambut birthday...
  •  Afiq...( Abang Pertama Hasya)....(15 tahun)...Sudah sambut Birthday...
  •  Aqil...( Abang Kedua )...(11 tahun)...Belum sambut birthday...
  •  Hasya...( Saya lah)...( 10 tahun )...Sudah sambut birthday...
  •  Husna...( Adik Hasya )...( 6 tahun )...Sudah sambut birthday...                                                                                
                    
                                                            BEST GILA....
                                    
                                                 Tapi, Hasya ni tak gila tau....
                                          

Main layang-layang...

Assalamualaikummm....Hari ini saya main layang-layang di Hutan Bandar. Hasya berasa sangat seronok pada hari ini sebab  dapat main  layang-layang dan dapat pergi Tesco.  Sebenarnya Hasya  tak main pun layang-layang, baba dengan Husna je main sebab Hasya tak pandai main layang-layang. Tapi, yang terbangkan layang-layang tu ialah baba, sebab Husna mana pandai pun nak terbangkan layang-layang. Husna cuma jaga sahaja layang-layang tu supaya tidak terjatuh ke bumi ( tanah ). Hasya main layang-layang sikit sahaja, yang lebih tu baba yang main sebab baba nak terbangkan layang-layang. Masa baba nak dirikan layang-layang tu angin dah tak berapa kuat dah. Baiklah, sampai sini sahaja...

                                                            Assalamualaikumm....      

Monday 4 June 2012

Kisah panggilku (Tomboi)....

Assalamualaikum, Hasya baru sahaja terfikir kenapa ye, ibu, Husna, Afiq dan kawan-kawan Hasya yang (lelaki) tu suka cakap Hasya ni tomboi. Hasya tak fahamlah lagi-lagi budak lelaki yang dekat kelas 4UKM tu suka sangat mengejek Hasya ni tomboi, lepas tu, ketua kelas pula dah lah asyik tegur Hasya je bila Hasya cakap dengan kawan Hasya cepat sikit keluar tandas pun dia tegur dia cakap," Hasya, (gangster)nya,". Hasya pun jawablah," sibuk lah,". Hasya tak faham kenapa mereka cakap Hasya ni tomboi? Hasya tak nampak apa benda pun yang menunjukkan yang Hasya ni tomboi. Hasya lihat cara jalan Hasya dah betul, gaya tak payah nak ceritalah dah pakai tudung, baju pun okey lah t-shirt dan seluar jeans, muka pun nampak macam perempuan, gaya dah okey, semua okey cuma tak pakai mekap je lah.

                                                                   ASSALAMUALAIKUMM...

                                                         Tapi, korang rasa Hasya ni ( tomboy ) ke tak?

Sunday 3 June 2012

Kisah ibu zaman moden....

Hasya berasa sungguh hairan sebab, Hasya baca suratkhabar je mesti ada ibu zaman moden (zaman sekarang)macam dah gila. Ada yang cungkil mata anaknya sendiri, ada yang sanggup letakkan anaknya di kandang kambing, macam-macam lagilah. Hasya pelik kenapa mereka buat macam tu? Dah sakit jiwa ke, orang ni pernah masuk Hospital Sakit Jiwa? Macam-macam orang sekarang. Hasya baca surat khabar suaminya cubit anaknya sampai belebam pun nak pergi report polis. Hasya ni pun kena cubit dengan ibu sampai belebam tak kisah pun, tak pergi pun Balai Polis untuk report dekat polis. GOOD EVENING

Bosan....

Hasya berasa macam bosan je, masa musim cuti sekolah dua minggu ni. Hasya tak suka Kalau tak sekolah, Hasya rasa bosan sangat. Hasya rasa tiada apa yang Hasya boleh buat semasa dua minggu ni. Cuma boleh urut ibu, pergi jalan yang tak berapa jauh dari rumah. Hasya rasa Kalau Hasya cuti sekolah selama dua minggu ni rasa macam Hasya ni malas nak bangun pagi-pagi. Lepas tu, leka pula nak solat subuh, selalunya kalau pergi sekolah je mesti bangun pagi-pagi, tapi bila ada je musim cuti mesti Hasya macam malas nak bangun pagi-pagi. Baiklah sampai sini sahaja Hasya mahu sampaikan....

Pasal makanan....

Hari ini ayah saya masak Kari kambing. Sodappppp..... Sayur pula ialah timun. Hasya rasa masakan ibu dengan baba sangat sedap. Walaupun ibu masak simple-simple je pun sedap. Hasya rasa kalau makan dekat luar macam dah muak sebab semua makanan Hasya dah makan. Kecuali, daging B.A.B.I. Dan daging anjing tu sahaja. Sampai sini sahaja cerita tentang makanan. Bye.... BYE...BYE...BYE......

Pergi ke Library...

Pada hari ini, Hasya dan ibu pergi ke library. Tapi, Hasya lihat tiba-tiba sahaja Husna tak nak ikut pergi library. Selalunya, Husna ikut pergi library. Hari ini Hasya pergi ke library baca buku tentang haiwan. Hasya baca sahaja buku itu, tiba-tiba Hasya nampak cerita tentang cara-cara haiwan jantan memikat haiwan betina. Hasya baca cara-cara labah-labah memikat labah-labah betina ialah, duduk disarangnya dan goyang-goyangkan badannya. Bila labah-labah betina goyangkan badannya juga, maksudnya dia terima menjadi (girlfriend) nya. Kalau dia tidak membalas goyangkan labah-labah jantan, maksudnya dia tidak mahu jadi (girlfriend)nya. Kalau cara-cara ketam jantan mahu memikat ketam betina, cuma dia lambai-lambaikan penyepitnya macam manusia babai dekat orang tu, macam tulah cara-caranya. Tetapi, kalau katam betina membalas juga lambayan ketam jantan itu, maksudnya dia bersetujulah nak jadi ketam jantan punya (girlfriend). Hasya lihat haiwan pun pandai mengorat. Baiklah, sampai disini sahaja. BYE-BYE...

Kisah Aqil tidur...

Hari ini ibu suruh semua orang bangun pagi pada pukul 8:00 pagi. Hasya lihat semua orang dah bangun cuma Aqil je tak bangun lagi. Ibu dah kejut Aqil berapa kali tapi, Aqil tak bangun juga. Baba dah kejut ibu pun dah kejut tapi tak nak bangun juga. Lepas tu, ibu suruh Aqil tak payah mandi, tidur je jangan bangun langsung. Aqil pun sambung tidur. Hasya lihat Aqil ni kurang ajar betullah. Hasya rasa kalau Hasya jadi ibu, dah lama Hasya buat dekat Negeri Arab tu, cakap bohong je terus potong lidah. Hasya berasa geram sangat dekat Aqil, sebab Aqil tak hormat ibu. Dah lah ibu tu jaga Aqil makan pun ibu yang masakkan, beras-beras dan makanan tu guna duit ibu juga. Hasya ingatkan cuma Afiq je yang perangai teruk dulu. Rupa-rupanya ada orang yang lebih teruk daripada Afiq. "BYE-BYE"...

Saturday 2 June 2012

Sakitkan hati ibu...

Hari ini Aqil berkata kepada Hasya secara tiba-tiba,  Aqil berkata,''Aqil tak nak buat baik dekat ibu'', kata Aqil.   Hasya pun menyuruh Aqil mengulangi kata-kata yang Aqil sebutkan tadi, Aqil tukar perkataan lain pula. Aqil berkata,'' Aqil tak nak lah minta maaf dekat ibu''. Hasya tanyalah Aqil kenapa? Aqil jawab, ''Nanti bila Aqil sakitkan hati ibu , ibu tak yahlah  hantar Aqil pergi Kem''. Hasya pun berkata kepada Aqil, ''Aqil boleh fikir tak? Kalau Aqil sakitkan hati ibu, lagi lah ibu nak hantar Aqil pergi Kem sebab, ibu dah menyampah lihat muka Aqil''. Aqil pun menjawab, '' Hasya boleh fikir logik tak, kalau Aqil sakitkan hati ibu, buat apa ibu nak bazirkan duit untuk Aqil?''. Perbualan antara Hasya dan Aqil tiba-tiba sahaja terhenti sampai disitu sahaja. Entah mengapa, Hasya terus pergi dari tempat yang berhampiran dengan Aqil. Baiklah, sampai disini sahaja.

                                                        ASSALAMUALAIKUM...

Sunday 27 May 2012

Fasal Camping....Takut....

Hari ini Aqil kata tak nak pergi Camping sebab takut nanti ada hantu lah, pacat lah, lintah lah, macam-macam lagilah. Mula-mula, ibu tunjukkan lah video budak tahun enam pergi Camping dekat hutan lah, tiba-tiba ibu tunjukkan gambar orang jalan malam-malam, tiba- tiba sahaja gelap. Tiba-tiba nampak warna merah yang semakin lama semakin dekat, tiba-tiba keluar gambar pontianak dekat tempat budak jalan malam-malam tu. Tiba-tiba Aqil tak nak pergi sebab takut ada hantu. Lepas tu, Aqil kata" Masa dekat dalam kelas tu, cikgu kata, siapa yang kurang semangat dan penakut nanti dia jadi orang kurang siuman, kata Aqil. Ibu kata, baguslah jadi orang kurang siuman sebab ni pun dah jadi macam orang kurang siuman, tersengih seorang-seorang. Hasya lihat Aqil tu pelik lah orang selalunya suka pergi Camping, tapi ni tidak tak suka pula pergi Camping. Baiklah, sampai sini sahaja...BYE...

Semua kena minta izin....

Hari ini ibu suruh Aqil, kalau nak Buat sesuatu ke, nak pinjaman barang orang ke, mesti kena minta izin. Sebab, cerita mula- mulanya Aqil pinjam pen baba tak minta izin dan Aqil ambil gunting Husna tak minta izin. Selepas ibu tahu yang Aqil ambil barang baba tak minta izin, ibu terus suruh Aqil minta izin nak buang air kecil, nak minum, nak makan, dan nak ambil barang orang. Semuanya ibu suruh Aqil minta izin. Tetapi, Hasya lihat bukannya Aqil minta izin pun, tak denya. Okey lah, sampai sini sahaja cerita Hasya. Ok, "GOOD NIGHT"...

Aqil tidur...

Hari ini Aqil tidur. Mula-mula ibu kejut tak nak bangun. Lepas tu, baba suruh Hasya ambil Serbuk Rempah Lada dan tiup dekat muka Aqil. Hasya pun buat lah, tiba-tiba Serbuk Rempah Lada tu termasuk dekat hidungnya Hasya. Lepas tu, Aqil tiba-tiba bangun dan gonyoh mata.Afiq suruh lah pergi dekat singki dan basuh muka. Tetapi, Aqil tak nak juga basuh muka. Aqil tetap gonyoh mata. Hasya lihat macam Aqil tak nak dengar cakap ibu je. Ye lah, Hasya lihat Kalau ibu suruh buat satu kerja tu mesti Aqil macam nak suruh cakap berkali-kali barulah Aqil bangun nak buat. Tapi, bila dengan baba je mesti suruh sekali dah buat kerja tu. Tapi, bila dengan ibu je, entah lah nak buat macam mana dah " TAKDIR". Baiklah, sampai sini sahaja yang Hasya nak ceritakan... "ASSALAMUALAIKUM"....

Saturday 26 May 2012

Kena rotan...

Sebelum peperiksaan, Hasya kena rotan dengan ibu Sebab Hasya Salah buat latihan Matematik. Tetapi, Hasya rasa bagus juga kalau ibu rotan Hasya Sebab,nanti Hasya akan lulus dengan cemerlang semasa dalam peperiksaan. Semasa Hasya melalui peperiksaan, Hasya berasa macam Soalan Matematik tu senang. Sebab, Hasya dah ulangkaji banyak-banyak dalam rumah. Hasya berasa berterima kasih kepada ibu. Sebab, ibu dah mengajar Hasya, mendidik Hasya. Hasya berasa sangat bersyukur walaupun Hasya mendapat ibu tiri, tetapi ibu tirinya sangat baik. Tak lah macam ibu kandung Hasya tu, tak tau nak mendidik anak-anaknya supaya menjadi anak yang berguna. Hasya tak tau macam mana Hasya nak balas jasa ibu dan baba Hasya. Hasya cuma boleh bayar dengan membanggakan ibu-bapa supaya mendapat keputusan yang lulus dan menjadi anak yang baik. Hasya berasa malu Kalau Hasya kurang ajar dengan ibu. Ye lah, dah lah ibu tiri yang jaga Hasaya dan beri Hasya makan. Hasya lihat ibu kandung Hasya tu tak pernah bagi satu sen pun dekat ibu kerana ibu telah jaga Hasya, beri Hasya makan, sanggup keluarkan duit beribu-ribu beratus-ratus untuk Hasya. Tetapi, Hasya lihat Aqil tetap mahu berkeras juga mahu berdegil juga depan ibu. Okey, sampai sini sahaja cerita yang mahu Hasya sampaikan... GOOD BYE...

Ibu SEBAT bontot Abg Aqil (26/5/12)

Hari ini Aqil kena rotan dekat bontot sebab Aqil tidur, tak solat isyak. Mula-mula ibu rotan sekali Aqil tak bangun. Lepas ibu lihat Aqil tak bangun, ibu rotan tiga kali dekat bontot kuat-kuat, baru Aqil bangun. Terkejut Hasya lihat. Ibu suruh Aqil bangun solat isyak. Aqil pun barulah pergi ambil air sembahyang untuk solat. Hasya lihat macam Aqil tak suka je solat. Sebab, Hasya lihat masa ibu suruh Aqil solat je mesti muka Aqil masam je. Kalau ibu suruh jadi imam ke, mesti muka Aqil masam je. Masa sembahyang jemaah dengan Aqil je, mesti Aqil baca surah Al-Fatihah laju je Hasya nak kejar pun susah. Kadang-kadang Aqil dah rakaat dua, Hasya baru rakaat satu. Hasya rasa macam tak berapa suka dengan perangai Aqil tu waktu sembahyang. Hasya berasa geram sangat dengan Aqil sebab Aqil buat perangai macam tu waktu nak sembahyang. Okey, sampai sini sahaja cerita yang Hasya mahu sampaikan. ASSALAMUALAIKUM...

Saturday 28 April 2012

tidur lambat....

Hari ini baba dan Abang Afiq baiki kereta Iswara sebab kereta Iswara rosak. Hasya lihat baba dan Abang Afiq baiki kereta tu dari petang hinggalah malam pukul 2:00 pagi. Hari ini Hasya nak tidur pukul 3:00 pagi. Hasya rasa Hasya tak banyak cerita yang perlu dituliskan di dlam blog ni. Sebab, banyak cerita yang macam lucah-lucah sikit tentang Abang Aqil. Hehehe....Hasya rasa Hasya tak berape suka kepada Abang Aqil tu, sebab orang suruuh dia minta maaf kepada ibu kan, tba-tiba Abang Aqil tak nak minta maaf dekat ibu. Okeylah, sampai sini Hasya sahaja Hasya mahu ceritakan....

Saturday 7 April 2012

Degil gila....♥♥♥ .....

   Hari ini ibu saya malas nak layan Abang Bo ( Aqil). Sebab, Abang Bo kurang ajar dengan ibu. Tapi, Hasya lihat Abang Bo benci ibu. Hasya rasa Abang Bo tu rugi segala-galanya sebab, Abang Bo tidak dapat pergi jalan, selalu duduk di rumah. Hasya masih ingat lagi, hari itu ibu ada beritahu dekat Hasya yang Abang Bo ada minta maaf dekat ibu sampai menangis-nangis lepastu, ibu beritahu  keesokan harinya, Abang Bo buat hal lagi, masih kurang ajar dengan ibu. Hasya rasa Abang Bo hanya pura-pura menangis kot, masa minta maaf tu. Hasya rasa bukan Abang Bo minta maaf dekat ibu kerana berasa bersalah ke, dah nak insaf ke, tak nak ulangi perbuatan nakal Abang Bo ke, tapi Hasya lihat ibu suruh Abang Bo solat, Abang Bo mukanya macam marah jer. Hasya rasa Abang  Bo tak patut marah sebab, ibukan suruh buat benda-benda yang baik yang boleh mendapatkan pahala, bukannya ibu suruh membuat benda-benda yang yang dosa. Okeylah, sampai sini sahaja  Hasya mahu ceritakan......
                                                                  Assalamualaikum....

                                                                 

Friday 6 April 2012

Capai hajat.....

Hari ini Hasya berasa sangat bersyukur kerana capai hajat Hasya untuk membeli dua helai jubah. Tapi, dekat jubah tu, tak de corak. Lepastu,  Husna  nampak je Hasya beli jubah, dia pun nak beli jubah. Tapikan, ibu Hasya cakapkan malu nak jalan dengan Hasya sebab anaknya pakai jubah, maknya pula tak pakai jubah. Hasya rasa macam malu juga. Hehehehe..... ^_^...... Hasya beli jubah warna coklat dan biru pekat. Husna pula beli jubah yang berwarna maroon.

lamanya...

Assalamualaikum, kawan-kawan, 

Hasya rasa Hasya dah berbulan-bulan tak tulis blog. Tak pelah. Okey, kawan-kawan sekarang ni Hasya nak ceritakan pasal yang berbulan-bulan lepas tu. Pasal Abang Bo (Abang Aqil), pasal jubah dan banyak lagi. Hmmm......Okey, muka surat sebelah pula....

Wednesday 14 March 2012

Drama Abang Bo (Abang Aqil)...

Hari ini Abang Bo (Abang Aqil) tak nak makan sama-sama. Hasya lihat abang bo sekarang ni macam tak suka makan sama-sama. Hasya rasa bila ibu ada dirumah masam je muka Abang bo, bila ibu tak ade dekat rumah Abang bo ceria je. Ok lah itu sahaja yang Hasya mahu kongsikan diblog ni. Baiklah,

Assalamualaikum。。。

Tuesday 13 March 2012

dah lama tak tulis blog........♥♥♥ .....

Assalamualaikum kawan-kawan,


Hasya rasa Hasya dah lama tak tulis cerita di blog ni. Rindunya lah pada blog ni. Hasya rasa sejak masuk tahun 2012 ni, rasa macam jarang  buka komputer.. :(...Buka blog pun jarang, buka facebook pun jarang. Selalunya, yang buka facebook Hasya, hanya  baba atau ibu. Hari ni baru Hasya dapat buka blog. Tapi, Hasya faham kenapa ibu tak berapa bagi Hasya buka facebook atau blog. Itu sahaja Hasya nak cerita kat kawan-kawan....♥♥♥ ..... :).....


Salam sayang :
Nur Hasya                                                             

Sunday 29 January 2012

Naik bas....best.....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada hari ini, Hasya naik bas. Hasya rasa macam best sangat naik bas. Ye la, baru  first time naik bas, biasalah. Hasya rasa macam nak naik bas lagi jer. Hasya rasa macam cepat je sampai ke skudai. Tapi, Hasya tak pernah naik kapal terbang dan  helikopter. 

Wednesday 25 January 2012

Tak sabar-sabar......♥♥♥ .....

Hari ini saya rasa tak sabar-sabar nak pergi sekolah. Hasya rasa macam rindu jer kat friends and teacher. Kawan yang Hasya rindu ialah : Yusrina Irdahani, Syazwani Afifah, Nadiatul Natasya, Izah dan semua kawan-kawan Hasya. Hasya rasa rindu jer dekat guru-guru dan cikgu-cikgu yang mengajar Hasya selama ini. Terutama sekali : Cikgu Rozana, Cikgu Zalifah dan Cikgu Kavita. Baiklah, itu sahaja yang Hasya nak tulis kan.

                                                               Bye...♥♥♥....

Alahai comelnye anak kucing ini....♥♥♥ ......

Hasya lihat comelnya kucing-kucing ini. Cuba teka,
dimanakah kucing ini berada ?
Nak tau jawapannya apa? 
Korang Fikirlah sendiri !!!
Hahahaha....

Senyuman untuk awek-awek Abang Bo (Abang Botak / Abang Aqil)....

Hari ini, ibu dan baba menghantar Abang Bo ke kedai yang bernama Kedai Gunting Rambut. Hasya lihat sebelum menggunting rambut Abang Bo, baba menyuruh Abang Bo membuat pilihan. Nak gunting samapai botak licin ke, nak ada rambut sikit ? Aqil pun menjawab nak ada rambut sedikit. Baba pun tak tahu nak pilih yang mana satu. Lalu, baba mengambil dut syiling dan bercakap kepada Abang Bo, kalau yang atas ni gunting ada rambut sikit tau yang bawah ni pula botak licin. Sekali, baba mencampakkan duit syiling itu dekat Abang Bo seperti mencampakkan bola ke jaring yang rendah. Tiba-tiba.....Abang Bo mendapat yang atas. Hasya ingatkan nak gunting rambut Abang Bo sampai licin, licin seperti telur rupa-rupanya tidak. Hurmmm....Tapi, tak pelah dapat juga potong rambut Abang Bo. Ibu berkata, takpe masih ada pelung lagi untuk melicinkan kepala Abang Bo, kan setiap bulan kena potong rambut Abang Bo, setiap hari macam ni lah imej Abang Bo, panjang lebar ibu berkata. Selepas Abang Bo memotong rambut, Hasya lihat Abang Bo asyik pegang rambut jer. Hasya rasa mesti Abang Bo berkata dalam hati "Fuyoo, handsome sey aku''. Selepas Abang Bo gunting rambut, Abang Macho (Abang Afiq) pula yang gunting rambut. Hasya lihat bandingkan Abang Macho dan Abang Bo, siapa yang lagi handsome,  Hasya rasa Abang Macho yang handsome. ''Fuyoo, banyaknya Hasya tulis, rasa macam tulis novel dua muka surat pula, hahahaha......Baiklah, itu sahaja Hasya hendak menceritakan.

                                                                  Assalamualaikum Warahmatullah....                                                                       

Monday 23 January 2012

Hasya tak suka.....

Hasya berasa paling tak suka kalau ada seorang budak lelaki atau budak perempuan itu :
                                                                   
i.   Mengejek Hasya.
ii.  Mengacau Hasya belajar. 
iii. Bercakap bodoh atau benda-benda yang menyakitkan hati.

Kalau lah budak yang mengejek Hasya dan bercakap bodoh atau benda-benda yang menyakitkan hati di tempat yang sunyi tiada orang Hasya dah lama cili mulut budak tu atau tendang sikit. Tapi, sekarang Hasya memang cakap serious ni. Kalau siapa berani buat lah. Tau lah Hasya nak buat apa. Hasya paling pantang kalau orang cakap benda-benda yang boleh menyakitkan hati Hasya. Hasya akan bagi warning dekat budak tu...Tapi, sabar jelah. Sabar tu kan separuh daripada iman....Hahahaha..... :)

                                                          Assalamualaikum......

Kebulurnya makan!!!

Hari ini Abang Bo makan sungguh kebulur sebab ye la baru lepas menangis kena rotan dengan ibu. Masa pagi tadi Abang Bo makan mee hun sampai tiga pinggan. Hasya lihat budak ni macam orang tak pernah  makan jer.Hasya lihat macam orang betul betul kebulur. Abang Bo dengan berselera nya makan malam dengan satu pinggan nasi penuh. Hasya lihat Abang Bo makin lama makin banyak makan. Dulu, Abang Macho (Abang Afiq) yang makan banyak sekarang ni Abang Bo (Abang Aqil) pula. Adoiii.....Abang Bo (Abang Aqil) tu dah la makan nasi banyak sangat. Lepas itu, kurang ajar dan melawan cakap ibu bapa pula. Hurmmmm...Apa nak jadi....-_-........


                                                           Assalamualaikum....♥.....                                                         




Buat pembetulan Matematik......♥♥♥ .......

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini ibu menyuruh Abang Bo (Abang Botak / Abang Aqil) membuat pembetulan latihan Maths. Sebab, semalam Abang Bo membuat latihan . Selepas Abang Bo membuat latihan Maths, Ibu pun check lah betul atau tidak. Lepas ibu check Abang Bo punya latihan  Maths , Pehh!!! Banyak sey kesalahan Abang Bo di buku Maths. Next day, ibu menyuruh Abang Bo membuat pembetulan pada buku Maths. Hasya lihat, lama betul Abang Bo membuat pembetulan daripada pagi hingga ke malam tak siap-siap lagi. Ibu dah penat dah merotan Abang Bo. Huuuuuuuu....Kalau macam ni lah style Abang Bo, cikgu tuisyen pun penat nak ajar cikgu tuisyen bagi jawapan jelah. Sebab, nak ajar berapa kali tak pandai-pandai, baik bagi jawapan jelah nak pukul dengan menggunakan rotan nanti ibu bapa yang lain mengamuk pulak sebab anaknya balik sekolah jer mesti bergaris merah di tangan, di kaki dan di badan. Silap-silap, kalau cikgu tuisyen rotan nanti sampai bergaris warna merah mesti ibu atau bapa datang sekolah bawak parang, pistol, pisau dan sebagainya. Hasya rasa takut la pulak kalau jadi guru sebab, nanti takut pukul budak guna rotan nanti ibu bapa lain bawa pisau bawa itu bawa ini dan mengamuk. Heemmmmm.......-_-.......Susah juga jadi Cikgu ''ya.''Hurmmm......... 

                                                             ''Goodbye my story"........♥.......


Buku yang Hasya minati.... :).....♥♥♥ ......

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Hari in ibu saya belikan saya buku. Buku itu bertajuk : Projek fesyen.
Buku itu saya beli di : Jusco.

Buku Projek fesyen itu sangat menarik sebab......

i.   Sebuah cerita yang sangat menarik dan lawak.
ii.  Memberi kita seronok apabila dibaca.
iii. Buku Projek fesyen itu tebal.
iv. Buku itu ada stiker.
____________________________________________________________________________________
2. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Buku yang kedua pula yang saya suka ialah : Aku kah Cinderella itu?
Buku Aku kah Cinderella  itu ? pun Hasya beli di : Jusco.
Hasya sangat suka buku Aku kah Cinderella itu? sebab.......
i.   Bukunya sangat tebal.
ii.  Ceritanya sungguh seronok ataupun BEST!
iii.  Memberikan pengajaran yang baik ataupun TERBAIK!!! 

                                             ASSALAMUALAIKUM....♥♥♥.....

Sunday 22 January 2012

Huhuhuhu..........♥♥♥.....

Huhuhuhu....Hari ini abang saya yang bernama Muhamad Aqil Bin Badrul Nazir kena sebat dengan ibu. Ibu saya sebat Abang Bo (Abang Botak) menggunakan batang penyapu. Hasya lihat ibu pukul Abang Bo kuat sampai Abang Bo melalak-lalak. Ibu puku Abang Bo dekat belakang badan dan kaki. Tapi, Hasya tak tau lah belebam ke tidak Abang Bo punya kaki tu. Sebab Hasya tak tengok pun belakang badan Abang Bo dan pada kaki Abang Bo. Hasya rasa belebam kot. Tapi nasib baik kaki Abang Bo tak patah nanti menyusahkan orang je. Hahahaha.....Gambar ini pula di ambil masa Abang Bo tidur kepenatan membuat maths...Hahahaha....
    
                                                   Goodbye...♥♥♥....

Saturday 7 January 2012

Abang Bo sudah ada blog.....♥♥♥.....

Hari ini Abang Bo (Abang Botak) sudah ada blog. Tapi, kelakar sikit nama blog Abang Bo (Abang Botak). Nama blog Abang Bo (Abang Botak) ialah Diari Abang Bo. Hahahaha....kalakar kan. Kan, kan, kan. Tapi, bukan Abang Bo (Abang Botak) yang taip ibu yang taip kan. Mula-mula Abang Bo (Abang Botak) tulis kat diary, bila  Abang Bo (Abang Botak) dah habis tulis dekat diary ibu letak lah cerita tu dekat blog Abang Bo (Abang Botak). Baik lah.                                            
                             
                                                             Sekian, terima kasih...♥♥♥....

    

Friday 6 January 2012

Happy birthday baba.....♥♥♥.....

Hari ini ialah Happy birthday baba. Hasya rasa sungguh gembira kerana dapat makan kek, lepastu makan chicken chop, lamb chop dan air pulpylicious. Selepas itu, Hasya bagi hadiah untuk baba. Hasya bagi sapu tangan yang bentuk ♥ (love) warna merah dan Hasya buat kad untuk baba. Abang afiq pula bagi hadiah hiasan meja. Tapi, panjang lah. Abang bo (abang botak) pula tak bagi apa-apa. Abang bo(abang botak) kad pun tak bagi. Abang Bo(abang botak) cuma duduk makan dan minum. Hasya rasa Abang Bo(abang botak) tu, macam kurang ajar je. Adik Husna pula bagi hadiah bunga. Biasa lah (minah bunga). Ibu pula beri hadiah yang paling besar, hadiah nya ialah gambar yang paling besar. Hasya, Ibu Abang Afiq dan Adik Husna beli barang-barang tu dekat Jusco. Abang Afiq makan burger. Makanan-makanan tu pun beli dekat Jusco. Ibu ada cakap dekat Hasya, Abang Afiq dan Adik Husna, kalau Happy birthday kek atau hadiah pilih. Hanya ada dua pilihan sahaja. Nak kek atau pun hadiah? Hasya rasa Hasya nak hadiah komputer atau pun handphone yang touch screen. Tapi, rasa boleh ke tidak beli hadiah tu, ye? Hasya rasa tak dapat sebab, mahal. Baik lah, itu sahaja Hasya nak cerita kan.


                                                                         Assalamualaikum.........♥♥♥.....

Abang Bo...♥♥♥

Hari ini abang saya yang bernama Muhamad Aqil telah botak. Ibu saya namakan Abang Aqil ialah, Abang Bo (abang botak). Hasya rasa u all nak lihat tak imej abang bo pada tahun 2012 ?  Kalau nak tengok di sebelah tepi ni. Handsome tak? Kalau handsome comment. Okey? Cuba teka, Abang Bo (abang botak) ni degil ke tidak? Kalau degil comment lah. Okey?  ♥♥♥...





Sunday 1 January 2012

Gunting rambut....

Hari ini Hasya, Abang Afiq dan Adik Husna kena gunting rambut. Cuma Abang Aqil seorang je tak gunting rambut sebab masa kat kampung tu dah gunting rambut. Abang Aqil gumting rambut sampai 10mm. Abang Afiq pula sampai setengah inci.
 

My Music

 

Designed By Blogs Gone Wild!