Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday 30 September 2011

bila ibu sudah tiada.....

Hari ini ibu tak de sebab ibu balik kluang.Bila ibu balik kluang Hasya rasa macam sunyi je rumah,macam sunyi sangat lah.Hasya rasa macam tak berapa best lah,kan lebih bagus kalau ibu ada dekat dalam rumah ni.Lebih baik.

                                                            Tamat......

Bestnya.......


Hari ini saya rasa sungguh seronok sebab ibu sudah balik dari kluang.tak lah sunyi.Kalau ibu tak de sunyi je rumah.Sekarang ibu sudah balik rumah, terus tak sunyi.Ibu selalunya masa makan ibu selalu berbual-bual tentang cerita apa-apa lah.

                                                            Tamat......

Saturday 24 September 2011

comelnya........

Amboi,comelnya budak ni,sampai pakai baju princess.Ini dah terlebih  comel ni,budak ni mesti  suka bergaya ni.Agaknya bila  pakai mekap mesti lebih comel ni.
                                                          


                                                    COMELNYA...........

sedapnya........

                        Sedapnya makan sampai terbuka mulut luas-luas. Mesti terlebih sedap ni. Beginilah gayanya kalau beli makanan yang sedap, nasib baik beli sikit je makanan ni kalau beli banyak habis lah mulut tu nanti. Sampai beli 3 makanan tu, dasyatnya makan bebola, super ring, ayam pun ada.                                                                 
                                                                    'masyaallah'

abangku......




Abang saya bernama Muhamad Aqil. Selalunya orang panggil Aqil je. Abang saya kalau main game memang nombor 1. Abang saya memang suka main game. Kalau ada orang main game pun mesti dia tengok. Abang saya lagi sorang tu bernama Muhamad Afiq . Cuma panggil Afiq je. Abang saya ni memang dulu selalu simpan duit tapi sekarang tak simpan duit dah.

                                                                 TAMAT.........

keluargaku.......hidupku.........

Keluargaku selalu gembira. Saya suka akan keluarga saya. Keluarga saya akan selalu gembira. Sebab itu lah saya suka sangat akan keluarga saya. Hasya rasa Hasya takkan tinggal kan keluarga Hasya.



                                                   UNTUK SELAMA2......                          

Manjanya adikku.........



Nama adik saya ialah Husna. Nama panjang ialah Nur Husna. Orang selalunya panggil Una je. Hasya tengok Husna memang sangat manja dengan ibu. Suka rapat dengan ibu. Dulu Husna selalu tidur dengan ibu. Tapi Hasya takkan dengki dengan Husna......             
                                          
                                                  


                                         assalamualaikum.........           






Friday 23 September 2011

Ibuku...ibu......

Hari ini ibu saya tiada di rumah sebab ibu dah balik kluang.Tapi bila ibu tak de kat rumah macam sunyi sikit.Bila ibu ada dalam rumah tak la sunyi.Kalau ibu ada dalam rumah rasa macam terus tak sunyi lagi dah,Hasya rasa lebih baik kalau ibu ada dalam rumah.Lagi best.



.......BYE.......








hadiah saya.........


Hari ini saya dapat hadiah mewarna best....... naik atas pentas, turun pentas, lepastu hadiahnya ialah fail dan 1 lagi cikgu balut dengan kertas.Hadianya ialah kotak pencil,pemadam,pencil dan pembaris.best......

Saturday 17 September 2011

Cerita hari raya.......

Hari raya ialah hari yang sungguh best sebab boleh bermaaf-maafan,lagi boleh kenal-kenalan dengan orang,macam-macam boleh.Yang paling saya suka sekali ialah,boleh pergi marhaban,boleh dapat banyak duit.Tapi bila pergi marhaban kadang-kadang dapat 10 ringgit,itu pun kalau orang bagi la.Sekarang Hasya ada duit 100 ringgit.Tapi duit 100 ringgit Hasya dah beli telefon.Okey bye..........
                                            
                                                  Assalamualaikum.....    

Friday 16 September 2011

Hasya & Ibu...


Saya berasa sungguh seronok kerana dapat duduk dengan ibu dan baba. Kerana ibu mengajar Hasya. Lepas tu ibu  belikan Hasya telefon, ibu ambil berat bila Hasya hendak peperiksaan, ibu selalu akan rotan Hasya, cubit, suruh Hasya buka buku, baca buku, buat itu, buat ini, tapi bila ibu buat Hasya macam tu lebih bagus sebab Hasya nanti akan jadi pandai. Hasya masa tahun 1 Hasya tak pandai langsung. Hasya macam susah nak baca buku, bila ibu hari- hari rotan Hasya, makin lama Hasya akan menjadi pandai. Hasya sayang ibu, sebab Hasya bukan saja – saja sayangkan ibu. Hasya sayangkan ibu sebab ibu mendidik Hasya macam mana hendak menjadi orang yang berguna. Ibulah yang boleh membentukkan Hasya menjadi orang yang berguna.     
   Terima kasih ibu …….. 

Kisah Ibu & Baba...


Ini gambar baba dan ibu saya. Ayah ibu saya bernama Zainal. Nama mak ibu saya pula, bernam Masalinah. Ayah baba saya bernama Adnan. Nama mak baba saya pula, ialah Jah.Masa dulu, ibu saya belum kawin dengan baba, ibu masih kurus lagi.

Bila sudah kawin dengan baba, ‘’Masyaallah‘’,  ibu terus menjadi gemuk. Sebab ibu masakkan makanan untuk Hasya, Aqil, Afiq, Husna. Hasya tengok kesian ibu sebab ibu asyik masak, masak, masak  dan masak. Ibu masak pagi, petang dan malam .

Salam perkenalan...



Nama saya Nur Hasya. Saya berumur 9 tahun. Saya bersekolah di  Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4. Hobi saya ialah bermain basikal.  Saya  ada dua orang abang. Namanya ialah Muhd Aqil  dan Muhd Afiq. Muhd Aqil berumur 11 tahun dan Muhd Afiq ialah 14 tahun.  

Saya ada seorang adik namanya Nur Husna. Dia berumur 6 tahun. Abang saya, Muhd Afiq bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Skudai. Muhd Aqil pula  bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4.




Bestnya blogging...

     Hari ini ibu ajar Hasya blogging . Best... macam tulis diari . Banyak cerita boleh dikongsikan . Buat permulaan ini Hasya nak cerita serba sedikit tentang diri Hasya.
      Hasya masa tahun 1, Hasya masa sekolah je Hasya pakai tudung. Bila Hasya sudah tahun 2, Hasya barulah nak pakai tudung. Pergi jalan pakai tudung , pergi  situ pakai tudung, pergi sini pakai tudung , tudung, tudung, tudung.

 

My Music

 

Designed By Blogs Gone Wild!