Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday 16 February 2013

Perangai Abang ku Aqil...

Hemm.... Apa nak jadi dengan Abang Aqil tu... Mula-mula nakal, lepas nakal buat hal, lepas buat hal mencuri, lepas mencuri, curi makan maggi dekat rumah sendiri, lepas curi makan, kurang ajar, lepas ni apa pula yang Abang Aqil buat. Betul kata ibu. Ibu cakap :

 Siakap Senohong Gelama Ikan Duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Betulkan ibu cakap. Okey, Bye....

Friday 15 February 2013

Duit ibu hilang...... Huhu

Alamak, duit ibuku dah hilang... Ish,ish,ish... Mesti ada orang curi ni. Hah, nak tau tak duit ibu Hasya hilang berapa ringgit? RM 50 ringgit tau. Hasya dah dapat tau dah siapa yang curi duit ibu. Rupa-rupanya Abang Aqil yang curi duit ibu. Abang Aqil ambil duit ibu untuk beli kad kredit. Mula-mula Abang Aqil suruh kawan dia belikan kad kredit, Abang Aqil bagi RM 10 ringgit kepada Abang Aqil lepastu, kawan Aqil belikan lah. Abang Aqil bagi upah kepada kawan dia tu RM 10 ringgit. Tiba-tiba ibu rasa macam tak sedap hati lalu ibu pun chek Abang Aqil punya beg, rupa-rupanya Abang Aqil sorok kan kad kredit dekat dalam beg. Ibu pun marah Abang Aqil. Lepastu, yang lain-lain tu Hasya tak tau ceritanya ape lagi. Okey, sampai sini sahaja... Bye.....



                                                                  Bye...

Thursday 14 February 2013

Pencuri....

        Hemmm..... Apalah nak jadi dengan Abang Aqil tu... Hasya peliklah dengan perangai Aqil tu. Aqil suka sangat mencuri duit orang dan mencuri makanan. Curi makanan pun di rumah sendiri. Hari tu, Abang Aqil makan maggi, lepastu ibu pun marah Aqil. Dalam berapa hari tu, Abang Aqil curi makan maggi lagi. Ibu pun marah lagi. Abang Aqil tu tak serik-serik nak makan maggi tu. Ye lah, tak salah pun kalau nak makan maggi tu. Tapi, kalau nak makan pun minta lah izin dekat ibu dulu, cakaplah, ''Ibu, boleh ke nak makan maggi tu,'' ataupun ''Ibu, Aqil lapar, boleh ke nak makan maggi tu ?''. Kan Aqil boleh kata macam tu. Lepas Aqil dah makan maggi tu, Aqil ambil plastik maggi tu lepas tu sorokkan dekat dapur ataupun dalam bilik. Mangkuk pula samada Aqil basuh atau sorokkan dalam almari. Okey, sampai sini sahaja.... Bye... Dah pukul 12 malam....


                                                 tamat....
 

My Music

 

Designed By Blogs Gone Wild!