Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday 27 July 2012

Sahur...

Pada hari ini Hasya sahur pada pukul satu. Hasya sahur makan mee goreng (mamak)sedap... Hasya makan mee goreng mamak tu di kedai mamak (AYUB). Selepas Hasya habis sahaja makan, Hasya terus balik rumah. Bila sudah pukul empat je, Hasya terus terbongkang (tidur). Tiba-tiba je bangun pagi sudah pukul SEPULUH LIMA BELAS MINIT!!! Alangkah terkejut nya!!! Akhirnya, Hasya tidak solat subuh. Tetapi, memang Hasya tak sedar pun pada waktu itu. Hasya bangun je tiba-tiba cuma ayah Hasya sahaja yang bangun. Tengah masak di dapur. Ibu, adik abang-abang Hasya yang dua orang tu pun belum bangun lagi. Dah lama kemudian, ibu sudah bangun. Bila ayah Hasya lihat abang-abang Hasya belum bangun lagi, ayah Hasya pun buka laptop dan buka bunyi ambulans. Ayah Hasya buka kuat pulak tu. Pun abang-abang Hasya belum bangun. Cuma Aqil sahaja yang bangun. Afiq belum bangun lagi. Ibu pun kejut lah Afiq tu. Ibu pun berkata,"Ni kalau rumah terbakar pun tak bangun. Baru lah Afiq bangun. Baiklah, cuma sampai sini sahaja. Selepas ini, Hasya akan menceritakan cerita yang baru. GOODBYE...

Friday 6 July 2012

Menyibuk....

Hasya lihat ketua kelas tu yang bernama Aiman tu asyik mengejek Hasya je. Dia panggil Hasya ni (Hasya Acha). Hasya boring lah. Kalau Hasya balas balik dekat dia, dia marah pula. Hei, memang tak patut betullah jadi ketua kelas. Ketua kelas sepatutnya jaga kelas bukannya pergi mengacau orang. Kalau macam tu lebih baik Hasya yang jadi ketua kelas, tak payah dia yang jadi ketua kelas. Baiklah, sampai disini sahaja... Asalamualaikum...

Seronoknya...

Pada hari ini Hasya berasa sangat seronok kerana ibu sudah balik dari Kluang. Lepas tu, Hasya lihat bila ibu balik je mesti Aqil punya muka masam je, macam tak seronok je bila ibu balik. Hasya suka ibu balik sebab, nanti tak lah sunyi rumah. Pada hari inikan ibu yang masakkan, Hasya rasa sungguh sedap tetapi, baba pun sedap juga. Hari ini, ibu masak ikan masak sambal dan labu masak lemak. Walaupun, simple makananya, tetapi Hasya suka... TAMAT...

Lamanya....

Hurmm, lamanya kan Hasya tidak tulis blog. Daripada hari Jumaat pada tarikh 8 Jun 2012. Hasya suka tulis di blog ni tak tahu kenapa. Tiba-tiba sahaja Hasya sudah mula suka dengan blog ini. Kawan-kawan suka tak tulis cerita di blog, ni? Hasya suka. Baiklah sampai di sini sahaja... Goodbye...
 

My Music

 

Designed By Blogs Gone Wild!