Subscribe

RSS Feed (xml)


Powered By

Blogger Template From:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday 8 June 2012

Sudah balik...

Pada hari ini, Afiq, Aqil dan baba sudah balik dari kelong. Afiq menunjukkan gambar-gambar semasa di kelong. Baba pula menunjukkan video semasa di kelong juga. Balik-balik rumah je Afiq tak dapat seekor pun ikan tapi, Aqil dapat seekor sahaja ikan. Baba pula dapat seekor ikan yang besar. Dah lama kemudian, dalam pukul 9:30 Aqil dah tidur. Ibu kejut Aqil suruh bangun solat isyak, tapi Aqil tak nak bangun. Dah banyak kali dah ibu kejut tapi nak tidur juga. Dah lama je, barulah Aqil pergi sembahyang isyak berjemaah (bersama-sama)dengan Afiq. Selepas Aqil solat, tidak lama kemudian... Aqil dah terbongkar dah. Baiklah, sama disini sahaja... GOOD NIGHT....

Thursday 7 June 2012

Terpaksa pegang bot...hahaha...

 Pada pukul 5:00, baba saya telefon ibu saya. Baba cakap dah sampai di kelong. Lepas ibu habis cakap dengan baba Hasya tanyalah dekat ibu, dah sampai ke? ibu pun jawablah dah. Hasya tanya lagi, Aqil takut ke naik bot? Ibu jawablah, Afiq kata Aqil pegang bot tu kuat-kuat. Hasya pelik lah lihat Aqil tu naik bot pun takkan lah  takut juga? Mungkin Aqil tak biasa kot naik bot. Dah lama kemudian, Hasya tanyalah dekat ibu dekat kelong tu ada ke air? Ibu jawab tak de tapi, orang tu bagi lima botol besar. Baiklah, sampai sini sahaja sebab cerita ni pun sampai sini kot. 

                                                        ASSALAMUALAIKUM....

Suka tonton cerita : Barbie dan Princess...

Hemmm.....Hasya lihat Husna memang suka menonton cerita Barbie dan Princess tak kira lah cerita Princess yang lama ke, yang baru ke tetap Husna akan tonton. Hasya lihat Husna memang tak suka tonton cerita yang lain setiap kali bagi buka laptop je mesti buka cerita Barbie and Princess tak tau lah kenapa, ataupun mesti Husna dah beragan-angan mahu menjadi seorang Princess. Kalau Hasya cakap dengan Husna yang Barbie and Priencess tu tak wujud dalam dunia ni mesti Husna tak nak percaya. Husna kata Barbie and Princess wujud lah. Baiklah, TAMAT...!!!

Bestnya.....

Hurai, hari ini Aqil tak de di dalam rumah sebab Aqil ikut baba pergi memancing. Jadi, Hasya, ibu dan Husna je  ada di dalam rumah ni. Afiq, baba dan Aqil pergi memancing di kelong dekat tengah laut, naik bot. Tapi, Hasya lihat Aqil nak naik bot pun takut. Nak pergi memancing pada waktu malam pun takut, sebab takut ada hantu hantu yang ditunjukkan di dalam buku mastika. Hasya harap Afiq dan Aqil tak mabuk laut, kalau Afiq dan Aqil mabuk laut nanti mntah-muntah kang dekat dalam bot. Sampai sini sahaja.....

                                                          Bye...Bye...Goodbye....

Wednesday 6 June 2012

Masih kurang ajar dengan ibu....

 Assalamualaikum, Hasya mahu menceritakan tentang Aqil masih kurang ajar. Hasya lihat Aqil masih tak nak minta maaf, ada lah sekali Aqil minta maaf dekat ibu sambil menangis-nangis lepas minta maaf keesokan harinya, buatlah perangai semula. Samalah macam mama ( mak yang melarikan diri) minta maaf sambil menangis-nangis dekat ibu ( ibu yang tidak melarikan diri). Hasya rasa Aqil dah dapat kot perangai macam mama tu, sama je perangai mungkin sebab keturunan kot, maknya macam tu perangainya anaknya pun macam tu lah. Baiklah, sampai di dini sahaja....

                                                 " TAMAT....BYE...GOODBYE..."

Tuesday 5 June 2012

Kisah wanita 2012...

Pada hari ini, yang bertarikh  06 / 06 / 2012, hari selasa. Hasya baru sahaja habis baca surat khabar, tiba-tiba hasya baca cerita yang bertajuk: wanita memandu kereta histeria lepastu, ada orang hampir terjun di tingkat 12. Hasya rasa banyak lah wanita-wanita yang buat macam tu masa zaman moden ni. Ada wanita (yang sudah kahwin)  yang buat sesuatu lah dekat anak dia. Macam-macam ek, wanita-wanita zaman sekarang ni. Hai, wanita zaman sekarang, macam-macam kes. Okey...

                                                               TAMAT...BYE....

Pasal Tesco...

Pada hari ini, Hasya pergi ke Tesco bersama keluarga Hasya. Keluarga Hasya termasuklah :

  • Baba...(40 tahun)...Dah sambut birtday... 
  • Ibu...(39 tahun)...belum sambut birthday...
  •  Afiq...( Abang Pertama Hasya)....(15 tahun)...Sudah sambut Birthday...
  •  Aqil...( Abang Kedua )...(11 tahun)...Belum sambut birthday...
  •  Hasya...( Saya lah)...( 10 tahun )...Sudah sambut birthday...
  •  Husna...( Adik Hasya )...( 6 tahun )...Sudah sambut birthday...                                                                                
                    
                                                            BEST GILA....
                                    
                                                 Tapi, Hasya ni tak gila tau....
                                          

Main layang-layang...

Assalamualaikummm....Hari ini saya main layang-layang di Hutan Bandar. Hasya berasa sangat seronok pada hari ini sebab  dapat main  layang-layang dan dapat pergi Tesco.  Sebenarnya Hasya  tak main pun layang-layang, baba dengan Husna je main sebab Hasya tak pandai main layang-layang. Tapi, yang terbangkan layang-layang tu ialah baba, sebab Husna mana pandai pun nak terbangkan layang-layang. Husna cuma jaga sahaja layang-layang tu supaya tidak terjatuh ke bumi ( tanah ). Hasya main layang-layang sikit sahaja, yang lebih tu baba yang main sebab baba nak terbangkan layang-layang. Masa baba nak dirikan layang-layang tu angin dah tak berapa kuat dah. Baiklah, sampai sini sahaja...

                                                            Assalamualaikumm....      

Monday 4 June 2012

Kisah panggilku (Tomboi)....

Assalamualaikum, Hasya baru sahaja terfikir kenapa ye, ibu, Husna, Afiq dan kawan-kawan Hasya yang (lelaki) tu suka cakap Hasya ni tomboi. Hasya tak fahamlah lagi-lagi budak lelaki yang dekat kelas 4UKM tu suka sangat mengejek Hasya ni tomboi, lepas tu, ketua kelas pula dah lah asyik tegur Hasya je bila Hasya cakap dengan kawan Hasya cepat sikit keluar tandas pun dia tegur dia cakap," Hasya, (gangster)nya,". Hasya pun jawablah," sibuk lah,". Hasya tak faham kenapa mereka cakap Hasya ni tomboi? Hasya tak nampak apa benda pun yang menunjukkan yang Hasya ni tomboi. Hasya lihat cara jalan Hasya dah betul, gaya tak payah nak ceritalah dah pakai tudung, baju pun okey lah t-shirt dan seluar jeans, muka pun nampak macam perempuan, gaya dah okey, semua okey cuma tak pakai mekap je lah.

                                                                   ASSALAMUALAIKUMM...

                                                         Tapi, korang rasa Hasya ni ( tomboy ) ke tak?

Sunday 3 June 2012

Kisah ibu zaman moden....

Hasya berasa sungguh hairan sebab, Hasya baca suratkhabar je mesti ada ibu zaman moden (zaman sekarang)macam dah gila. Ada yang cungkil mata anaknya sendiri, ada yang sanggup letakkan anaknya di kandang kambing, macam-macam lagilah. Hasya pelik kenapa mereka buat macam tu? Dah sakit jiwa ke, orang ni pernah masuk Hospital Sakit Jiwa? Macam-macam orang sekarang. Hasya baca surat khabar suaminya cubit anaknya sampai belebam pun nak pergi report polis. Hasya ni pun kena cubit dengan ibu sampai belebam tak kisah pun, tak pergi pun Balai Polis untuk report dekat polis. GOOD EVENING

Bosan....

Hasya berasa macam bosan je, masa musim cuti sekolah dua minggu ni. Hasya tak suka Kalau tak sekolah, Hasya rasa bosan sangat. Hasya rasa tiada apa yang Hasya boleh buat semasa dua minggu ni. Cuma boleh urut ibu, pergi jalan yang tak berapa jauh dari rumah. Hasya rasa Kalau Hasya cuti sekolah selama dua minggu ni rasa macam Hasya ni malas nak bangun pagi-pagi. Lepas tu, leka pula nak solat subuh, selalunya kalau pergi sekolah je mesti bangun pagi-pagi, tapi bila ada je musim cuti mesti Hasya macam malas nak bangun pagi-pagi. Baiklah sampai sini sahaja Hasya mahu sampaikan....

Pasal makanan....

Hari ini ayah saya masak Kari kambing. Sodappppp..... Sayur pula ialah timun. Hasya rasa masakan ibu dengan baba sangat sedap. Walaupun ibu masak simple-simple je pun sedap. Hasya rasa kalau makan dekat luar macam dah muak sebab semua makanan Hasya dah makan. Kecuali, daging B.A.B.I. Dan daging anjing tu sahaja. Sampai sini sahaja cerita tentang makanan. Bye.... BYE...BYE...BYE......

Pergi ke Library...

Pada hari ini, Hasya dan ibu pergi ke library. Tapi, Hasya lihat tiba-tiba sahaja Husna tak nak ikut pergi library. Selalunya, Husna ikut pergi library. Hari ini Hasya pergi ke library baca buku tentang haiwan. Hasya baca sahaja buku itu, tiba-tiba Hasya nampak cerita tentang cara-cara haiwan jantan memikat haiwan betina. Hasya baca cara-cara labah-labah memikat labah-labah betina ialah, duduk disarangnya dan goyang-goyangkan badannya. Bila labah-labah betina goyangkan badannya juga, maksudnya dia terima menjadi (girlfriend) nya. Kalau dia tidak membalas goyangkan labah-labah jantan, maksudnya dia tidak mahu jadi (girlfriend)nya. Kalau cara-cara ketam jantan mahu memikat ketam betina, cuma dia lambai-lambaikan penyepitnya macam manusia babai dekat orang tu, macam tulah cara-caranya. Tetapi, kalau katam betina membalas juga lambayan ketam jantan itu, maksudnya dia bersetujulah nak jadi ketam jantan punya (girlfriend). Hasya lihat haiwan pun pandai mengorat. Baiklah, sampai disini sahaja. BYE-BYE...

Kisah Aqil tidur...

Hari ini ibu suruh semua orang bangun pagi pada pukul 8:00 pagi. Hasya lihat semua orang dah bangun cuma Aqil je tak bangun lagi. Ibu dah kejut Aqil berapa kali tapi, Aqil tak bangun juga. Baba dah kejut ibu pun dah kejut tapi tak nak bangun juga. Lepas tu, ibu suruh Aqil tak payah mandi, tidur je jangan bangun langsung. Aqil pun sambung tidur. Hasya lihat Aqil ni kurang ajar betullah. Hasya rasa kalau Hasya jadi ibu, dah lama Hasya buat dekat Negeri Arab tu, cakap bohong je terus potong lidah. Hasya berasa geram sangat dekat Aqil, sebab Aqil tak hormat ibu. Dah lah ibu tu jaga Aqil makan pun ibu yang masakkan, beras-beras dan makanan tu guna duit ibu juga. Hasya ingatkan cuma Afiq je yang perangai teruk dulu. Rupa-rupanya ada orang yang lebih teruk daripada Afiq. "BYE-BYE"...

Saturday 2 June 2012

Sakitkan hati ibu...

Hari ini Aqil berkata kepada Hasya secara tiba-tiba,  Aqil berkata,''Aqil tak nak buat baik dekat ibu'', kata Aqil.   Hasya pun menyuruh Aqil mengulangi kata-kata yang Aqil sebutkan tadi, Aqil tukar perkataan lain pula. Aqil berkata,'' Aqil tak nak lah minta maaf dekat ibu''. Hasya tanyalah Aqil kenapa? Aqil jawab, ''Nanti bila Aqil sakitkan hati ibu , ibu tak yahlah  hantar Aqil pergi Kem''. Hasya pun berkata kepada Aqil, ''Aqil boleh fikir tak? Kalau Aqil sakitkan hati ibu, lagi lah ibu nak hantar Aqil pergi Kem sebab, ibu dah menyampah lihat muka Aqil''. Aqil pun menjawab, '' Hasya boleh fikir logik tak, kalau Aqil sakitkan hati ibu, buat apa ibu nak bazirkan duit untuk Aqil?''. Perbualan antara Hasya dan Aqil tiba-tiba sahaja terhenti sampai disitu sahaja. Entah mengapa, Hasya terus pergi dari tempat yang berhampiran dengan Aqil. Baiklah, sampai disini sahaja.

                                                        ASSALAMUALAIKUM...
 

My Music

 

Designed By Blogs Gone Wild!